Saturday 13 November 2010

Selepas 24 jam pembedahan

Hari ini selepas 24 jam pembedahan, dilihat Ajwad begitu tenang berbaring di atas katil tidak sedarkan diri. Sempat bertanya kepada Dr bagaimana keadaan dia hari ni. Dr memaklumkan keadaan bertambah baik. Walaubagaimanapun, terdapat komplikasi di bahagian buah pinggang. Dr. dapat mengesan perkara ini apabila mendapati urine beliau tidak keluar seperti yg dr jangkakan. Kini dr sedang menumpukan kepada buah pinggang nya pula. Manakala dadanya masih belum dapat ditutup memandangkan jantungnya masih bengkak.

Hari ini ramai rakan taulan dan saudara mara datang melawat. Nasran kawan sekolah dan kawan sepermainan ragbi pun datang melawat dari Cheras. Hari ni juga Tengku dan Yan suami isteri rakan se ITM Melaka datang melawat. Kami tidak pernah berjumpa selepas tamat ITM Melaka sejak tahun 1996. Lama tuhh...Ane juga ada melawat bersam Ieja adiknya yang tersayang. Kemana saje mrk akan berdua semenjak ayah dan ibu mereka meninggalkan dunia ini ke alam yang satu lagi. Begitu juge hari ini Ayah Long dan Mama Long sekeluarga dari Tangkak datang ziarah...Terima kasih.

Dr bertanya di manakah kami tidur malam tadi setelah meminta kami standby 24 jam. Dalam kereta dr. Dr tersenyum simpati. Dr menyuruh kami pulang ke rumah hari ini dan jangan risaukan anak kerana dia dijaga oleh pakar-pakar di IJN. Kesihan melihat kami. So, malam ni kami berada dirumah....apakah keadaan anak kami sepeninggalan kami ini..risau, cemas, takut bermain ulang alik dalam pemikiran....takut jadi perkara yg x diingini. DI ICU macam-macam boleh jadi...........

3 comments:

  1. Sabar ya menghadapi dugaan ini, kami berdoa semoga semua nye akan selamat Insya Allah
    Rahimah & yaakub

    ReplyDelete
  2. moga segala urusan dipermudahkan olehNYA....byk2kan bsabar diatas dugaan dan ujian yg menimpa anda sekeluarga.moga semuanya selamat.

    ReplyDelete