Friday 12 November 2010

Detik Selepas Pembedahan





Assalamualaikum W.B.T kepada sahabat semua..

Semalam, sgt mendebarkan. Tuhan saja yang mengetahuinya. Ajwad sepatutnya dijadualkan untuk dibedah pada pukul 11am telah diminta untuk masuk dewan bedah pada pukul 10 am. Kami dimaklumkan 30 minit sebelum 10 am. Mengucap panjang ayah kerana terkejut. Ayah minta izin dari nurse untuk memandikan anak istimewa ini sendiri dengan ubat basmi kuman dan nurse bg ayah 10 minit bersama anak ini. Biasalah jumpa air mestilah seronok. Kami mandi manda macam tiada apa yg berlaku. Dari ujung rambut hingga ujung kuku kaki ayah menyalut badannya dengan sabun tersebut. Setiap sahutan diiringi doa penahan badan yang diberi Tok Wak Ajwad. Hati jadi sebak kalau difikirkan sangat. Jadi ayah mandikan Ajwad sambil menyanyi lagu kesukaannya. Jgn x percaya lagu rock dulu-dulu Metafora Wasangka Cintaku.


Selepas mandi ayah mengelap badannya manakala ibu menyiapkan peralatannya. Nurse sudah menunggu diluar dengan katil untuk ke dewan bedah. Ayah memakaikan baju pembedahan sambil mengolokkannya ini baju superman. Dia pun rasa seronok. Padahal dia tak tahu bahawa dadanya akan dibelah nanti dan tulang rangkanya akan dikepak oleh dr. Sesampai di wad pembedahan ayah ayah diperkenalkan dengan pakar bius iaitu Dr Takahesi dari Jepun, beliau menerangkan apa yang akan dilakukan nanti. Setelah itu ayah diminta untuk menukar pakaian untuk membawa Ajwad ke dewan pembedahan, malangnya kerana saiz ayah sgt cutting..baju tu x muat. Maka ibu disuruh memakai baju itu. Ibu muat pulak. Maka ibulah yang mengusung beliau ke dalam dewan pembedahan.

Setelah menyain apa yang patut. Kami pun beredar dari situ dan menunggu di bilik menunggu. Ramai orang dis situ, ada yang sedang menanti anaknya, bapanya, ibunye dll. Ada juga kes seorang cina, bapanya dah sgt kritikal Dr pun sudah suruh mereka bersedia untuk apa kemungkinan. Si anak pun siap dah minta keluarga galikan kubur..namun kuasa tuhan mangatasi segalanya bapa cina itu kembali stabil. Satu kes lagi ialah anak jiran sebelah bilik. Dia masuk awal kerana dia kes no 1 untuk wad kanak-kanak. Dia masuk wad OT pukul 9 am dan keluar pukul 8 pm padahal keadaan jantungya tidak sehebat Ajwad. Namun bagi kami Ajwad sentiasa dipermudahkan jalannya.

Jam 5.30pm Hp ibu berbunyi. Call dari wad ICU memberitahu Ajwad baru dipindahkan dari wad bedah ke ICU dan diminta datang segera sementara Dr bedah masih ada disitu. Kami pun berlari ke sana. Ada lebih kurang 5 pintu automatik yang perlu dilalui sebelum sampai ke ICU. Sesampai di ICu kami lihat Dr pakar dan nurse berbaju purple sedang mengelilingi beliau sambil memasang peralatan monitoring. Botol darah, ubat-ubat dll. Dr Hew minta kami ke bilik menunggu sebentar kerana dia masih belum bersedia.

Beberapa minit kemudian, Dr memanggil kami, katanya Ajwad nampak Ok. Tapi dia x kan merah sepenuhnya kerana semasa testing jantung beliau didapati tekanan darah di sebelah jantung kanan agak tinggi lalu Dr telah melubangkan semula sedikit bahagian jantung yang ditampal terdahulu bagi mengurangkan tekanan di jantung kanan, Maka darah biru dah merah akan bercampur semula. Namun ini adalah untuk sementara bagi membolehkan beliau serasi dengan modifikasi yang dibuat oleh Dr. Sekiranya semua bagus tindakan menutup lubang tadi akan dibuat tapi bukan untuk masa terdekat dan prosidurnya adalah sgt mudah dan tidak perlu ke wad pembedahan. Hanya menggunakan lab Angiogram. Manakala saluran lembu tersebut diharapkan dapat berfungsi dengan baik. Dan lubang-lubang saluran halus telah ditutup.

Ayah sempat mengambil gambar curi untuk diabadikan dalam kenangan. Nurse bagi tau jgn ambil gambar, ayah pun akur. Selpas itu Tok ayah dan Opah serta Pak Usu beliau sampai, kami bergilir menziarahi beliau.

Malam, dimanakah kami hendak tidur kerana IJN minta kami standby 24 jam. Bilik kami telah diambil orang kerana anak telah berada di dalam ICU. Nak balik takut apa-apa berlaku. Kami try ke dorm untuk pelwat. Bayaran yang dikenakan ada RM30 seorang tetapi kemasukan telah ditutup kerana kami x sempat register waktu pejabat tadi. Ye la camana nak register, kami pun tak tau camana prosidurnya..Any way kami duduk didepan tangga pintu lobby IJN sambil memerhatikan kereta lalu-lalang di Jalan Tun Razak ini. Lalu kami mengambil keputusan untuk tidur di dalam kereta sahajalah kerana di bilik menunggu ramai yang telah berkampung disitu. Mereka ada yang membawa tikar dan berkongsi beramai-ramai tidur seperti mangsa banjir baru-baru ini. Mereka mempelawa kami, namun kami menolak dengan baik dan beransur ke tempat parking untuk tidur di dalam kereta.

Di dalam kereta, biasalah..nyamuk , panas dll. Tapi semua tu dah x de rasa pada kami. Apa yang penting Ajwad beransur pulih dan sihat. Kami x kisah langsung pada diri ini. Lagipun selama ini selalu todur di katil best,..sekali-sekali tidur dalam kereta apa salahnya. Orang lain lagi susah..tidur tepi paritlah, bawah jambatan lah dll. Dalam kereta ni belum mencabar lagi. Kami berbual di dalam kereta dan tertidur. Sesekali terjaga kerana nyamuk dan panas. Adakalanya x rasa apa pun..Di harap Ajwad tetap steady di dalam ICU..Adakah dia ok,Adakah dia kritikal semula, adakah dia fit, Bolehkah jantung dia berfungsi...bermacam-macam perkara bermain di fikiran ini . Sahabatku Tengku menelefon di kala kami telah berada di dalam kereta beliau berasa sedih dengan keadaan kami. Ayah bg tau dia dugaan manusia x sama. Ayah syukur kerana dugaan ayah ialah menjaga anak pinjaman tuhan iaitu anak istimewa. Alah bisa tegal biasa..agi idup agi ngelaban, berpantang maut sebelum ajal, selagi masih bernafas akan terus berjuang....

No comments:

Post a Comment