Tuesday 16 November 2010

Ucapan dari Facebook Part 2

Taklimat dari Ketua pakar bedah, pakar aneastatik dan ketua ICU..gerun mendengarnye...what to do..berserah sajelah..what ever it is..ayah akan bersama mengharunginye....Esok pukul 11 pagi..akan ke dewan bedah.

11 November at 20:03
Siti Hajar Shehmohdhasan Doa yakin tawakal

11 November at 20:07
Zety Nina Dato Zainal ko dibenarkan masuk sekali? ajwad mcmana? he's ready for all these? insyallah semuanya akan selamat, be strong for him!

11 November at 20:07
Aqinul AQi hope smua nya berjaln ngn lancar ngn izin NYA.,.insyAllah ameenn~

11 November at 20:12
Kirol Carloz Semoga sgalanya berjln lancar...amin

11 November at 20:17
Ziggy Zig Bro! What happen ni?? Kau going for Bypass ke?

11 November at 20:22
Sarina Saibu Moga semuanya berjalan lancar . Amin.

11 November at 20:35
Rozita Mohd Tahir Didoakn semuanya akan brjln lancar. Amin. Berserahlah kpdNya..

11 November at 20:45
NazЇs Abdullah en.sherul, sya doakan semuanya ok dan brjalan lancar. Amin.

11 November at 20:58
Sherulanuar Abd. Karim
Terimakasih dengan doa anda semua.
Isma:Not me, my son akan ke OT esok for his major operation. Rasanye aku x dapat join team old boys amarian rugby untuk open yg maarof buat, aku x dapat join
Ati: aku x leh masuk..boleh hantar masuk dalam j...e...See more

11 November at 21:10
Salina Salim aminn...semoga semuanya ok..

11 November at 21:30
Salasiah Haddunya Doa semoga semuanya berjalan lancar dan selamat...

11 November at 22:16
Rohaila Abdul Razak Ajwad is a strong boy...insyaAllah semuanya ok....

11 November at 22:33
Juliana Jalaludin Moga selamat..insyaAllah

11 November at 22:37
Suzana Sajuddin semoga selamat...amin..

11 November at 22:37
Nazmizan Fazilah semoga selamat semuanye... ameen..

11 November at 22:50
Rahayu Mohd Jiran semoga Allah mempermudahkan segala2nya..amin.

11 November at 23:06
Sherulanuar Abd. Karim Amin Ya Rabbal Allamin

12 November at 06:17
Sherulanuar Abd. Karim Salina, salasiah, amat, su, naz, kak ayu terima kasih. Mintak semuanya berjalan seperti yang dirancang.

12 November at 06:24
Rohaida Kamaruzaman aku doakan tuk anak kau sume barjalan lancar ...yg penting terus berdoa kerana Allah Yang Maha mengetahui...

12 November at 07:46
Zalina Alyssa Insyaallah semuanya akan selamat dan berjalan lancar. Bersama2lah kita berdoa....

12 November at 08:24
Shukriah Mohd Tahrir Smga semuanya berjln dgn lancar, kami sklurga mendoakan yg terbaik utk family korang..

12 November at 09:49
Jasmi Asnami Lakhaulawala quwwataillabillahil'aliyyil 'azim...
Doa kitaorang sefamily buat Ajwad.Semoga Allah berikan segala kekuatan fikiran, tenaga, kesihatan & kesabaran buat kau, Ajue & anak2. Ameen...

12 November at 10:07
Fauza Nahrawi bro, aku hanya boleh berdoa atas kesejahteraan kesihatan keluarga kau..aminnn

12 November at 10:38
Azmie Apeng berat mata memandang,berat lagi bahu yg memikul....semoga sumernya brjln lncar & sjahtera...amin...

12 November at 11:26
Sherulanuar Abd. Karim Trima kasih kawan-kawan ku

12 November at 17:16
Amran Abdul Rahim Saya doakan semuanya akan selamat nanti....amin.

Ucapan dari Facebook Part 1

Sherulanuar Abd. Karim Aku di IJN bersama anakku


11 November at 07:00 •

Aqinul AQi smga smua nya selamat.,insyAllah ameenn

11 November at 07:50

Sharliza Dato' Ahmad Shariffudin Take a good care yeah.

11 November at 07:51

Mohd Hisham Aman moga anak anda selamat dan sihat....

11 November at 07:57

Nazmizan Fazilah moga selamat semuanyaer..

11 November at 08:20


Sherulanuar Abd. Karim Ameeen. Tak tau la jadi ke idak nak operate esok..tetiba ada selsema dan kahak...takut x fit untuk major operation...tgh tunggu doktor wat keputusan

11 November at 09:18

Fairul Popeye hope suma ok jer bro....

11 November at 09:33
Sherulanuar Abd. Karim Insyaallah

11 November at 09:34

Spanar Epen moga Allah beri yg terbaik...amin..

11 November at 10:09

Hafez Ahmad Semoga cepat sembuh... InsyaAllah

11 November at 10:53

Nasran Abd Rahman aku sekeluarga doakan semuanya selamat...amin..

11 November at 11:02

Sherulanuar Abd. Karim Insyaallah..ameen

11 November at 11:08

Kirol Carloz Take care bro..

11 November at 11:11

Sherulanuar Abd. Karim TQ bro

11 November at 11:22

Amran Abdul Rahim Saya doakan semuanya selamat dan dipermudahkan segala urusan.

11 November at 14:37

Sherulanuar Abd. Karim Tima kasih cikgu Amran

11 November at 14:38


Zamri Awang Nik kami doakan keselamatan buat AJWAD dan segalanya dipermudahkan..Jue + Sherul banyak2 berdoa,kuatkan semangat,tabahkan hati..Insyaallah semuanya akan selamat

11 November at 15:28

Sherulanuar Abd. Karim Insyaallah bang. Mudahan semunya dipermudahkan Allah

11 November at 15:58

Cahaya Yang Indah smoga dipermudahkan sgala urusan..doa byk,moga Allah beri yg terbaik untuk abg long sekeluarga..

SMS dan doa

Assalamualaikum....

Masa ayah nak delete sms yang banyak dalam HP ni, tetiba ayah terfikir. Apakata ayah salin dan rekodkan dalam blog ni sebagai memori.

Berikut adalah ucapan dari sahabat dan saudara Ajwad.

Rizal (16/11/10) – 8.47am
Salam, macam mana keaadaan Ajwad pagi nih? Semuga Engkau sentiasa banyak bersabar. Ameen.

Sani Spoong (15/11/2010) -9.34 pm
Insyaallah semuanya akanselamat, kucup dahi ajwad untuk aku yer

Isma SDAD (15/11/2010) – 8.53 pm
Bro. hope all is good there ya..hows everything doing?

That’s good news, be strong bro. don’t worry, he will make heal very fast, your son is a strong chap, aku kat Muar esk pi JB dulu, once kat KL aku dropby lagi kat sana.

Kak Fuziah (15/11/2010) – 8.39 pm
Doa & sabar

Kak Haluma (15/11/2010) 8.04pm
Salam, kul berapa ajwad habis operation. Harap kak ma dia ok dan x de sebarang komplikasi

Ju & Zairul (15/11/2010) 6.22 pm
Salam sherul & ju, harap kalian tabah dengan dugaan Allah. Kami doakan ajwad selamat Insyaallah, be strong. Jue & Zairul.

Nasran SDAD (15/11/2010) 5.59 pm
Salam sherul. Macam mana keadaan aswad. Harap bertambah baik

Elmy Marina (15/11/2010) 2.31 pm
Salam abg sherul. Kuatkan semangat ye. Saya doakan pembedahan berjalan lancar & anak abang sherul sihat. Elmy Logam.

Kak Zana Kimia (15/11/2010) – 2.30pm
Salam. Kami dipejabat doakan semuga ajwad selamat menjalani operation.

Isma SDAD (15/11/2010) 2.07 pm
Bro. Tabahkan hati. Semuga suma lancar n anak kau sepat sembuh eh..doa kite orang sentiasa bersama die…

Juli (15/11/2010) 2.04 pm
Ya Allah, ku mohon oga Ahmad Ajwad Aqwa selamat dansihat walafiat. Amin.

Rizal (15/11/2010) 1.53 pm
Insyaallah semuga Allah beri kelapangan dan kemudahan kepada engkau sekeluarga. Ameen.

Malia (15/11/2010) 1.39pm
Salam. Kami doakan dik wat cepat sembuh. Semuga abag long dan kak jue tabah ya!


Cikgu Fuad Sek Khas Ajwad(15/11/2010) 12.46pm
Saya doakan semuga ajwad cepat sembuh n untuk ibu dan ayah ajwad semuga tabah menempuh segala ujian darin yang maha Esa.

Ayu Kimia (15/11/2010) 12.22 pm
Tawakal byk-byk

Zura DI (15/11/2010) 9.07 am
Salam abg sherul just nak Tanya, anak ok ke…
Alhamdulillah. Insyallah dia akan sembuh

Khai (14/11/2010)
Salam saudara masih di IJN ke? Saya nak datang melawat saudara disana sebentar lagi…Khai & rose xitm mcca

Nurul aza (13/11/2010) 8.27 pm
Salam sherul, tis is nurul frm x-uitm. Hows ajwad doing? Sharly and I plan 2 visit ur son kat IJN tis Tues. Hope 2 c u n jue thr s well. Let me knw if its convenient..

Insyaallah, we all plan nak dtg on tues lepas keja. B4 we leave d ofc, I will let u knw. Ane pun dtg melwat jgk kan. I saw update kat fb dia.

Masni MIDA (13/11/2010) 8.30 am
Insyallah. Tuhan bersama orang yang sabar

Izam FDI (12/11/2010) 11.35 pm
Bro. aku doakan sukses of d op

Najdi MIDA Melaka (12/11/2010) 11.07 am
Salam bos, harap operation anak berjalan dengan lancar amen.

Zura Di (12/11/2010)
Salam, a.sherul. Ni zura Di..Zura doakan semuga anak a.sherul selamat menjalani pembedahan Amin. Berdoa kepadaNya insyallah segalanya selamat

Juli (12/11/2010) 10.56 am
Moga dipermudahkan & ajwad sihat walafiat

ET (12/11/2010) 10.30 am
ET doakan ajwad selamat jalani pembedahan. Ape-ape perkembangan bg tau ET..

Umi Kimia(12/11/2010) 8.23 am
Semuga selamat semua

Monday 15 November 2010

Esok Hari Raya Haji @ Hari Raya Korban

Assalamualaikum..

Ayah masih menanti waktu melawat. Semakin hari di IJN ayah semakin rasa tidak produktif. Tidur x lelap. Badan bisa-bisa. Fikir tentang kerja, fikir tentang anak-anak kat rumah dan lain-lain.

Kebiasaannya Raya haji kami sekeluarga akan balik kampung. Confirm seminggu akan bercuti bawak ank-anak jalan-jalan balik atok mereka. Tahun ni raya di IJN lah jawabnya.

Mengenangkan Raya Haji teringat Kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Macamana kasih bapa terhadap anaknya, kasih anak terhadap bapa serta ketaatan terhadap perintah tuhan sanggup berkorban apa saja. Simboliknya, tuhan menukarkan ketetapan itu kepada seekor binatang..Maka terkorbanlah binatang itu menggantikan Nabi Ismail.

Ibadah korban dilakukan sempena memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyembelih anak kesayangannya Nabi Ismail a.s kerana taat kepada perintah ALLAH. Namun, berkat kesabaran serta ketaatan kedua-dua ayah dan anak ini maka ALLAH telah menggantikannya dengan seekor binatang ketika Nabi Ibrahim sudah bersedia menyembelih anaknya itu. Peristiwa ini telah dirakamkan oleh ALLAH sebagaimana firman ALLAH S.W.T:

"Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpiku bahawa aku akan menyembelihmu. Apakah pendapatmu? Anaknya menjawab: Wahai ayah, lakukanlah apa yang diperintahkan kepadamu. Insya ALLAH, ayah akan mendapati aku termasuk orang-orang yang sabar.
Setelah kedua-duanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah ALLAH itu), Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah. (KAMI sifatkan Ibrahim dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah KAMI).
Lantas KAMI menyerunya: Wahai Ibrahim! Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu. Demikianlah sebenarnya KAMI membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.
Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata dan KAMI tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar serta KAMI kekalkan baginya (nama yang harum) di kalangan orang-orang yang datang terkemudian." – Surah al-Soffaat: 101-108.

Rentetan dari peristiwa ini, saban tahun ketika merayakan hari raya Aidiladha maka umat Islam menyembelih binatang-bintang korban lalu mengagih-agihkannya kepada golongan yang kurang bernasib-baik seperti orang miskin, anak yatim, orang Islam yang sedang ditimpa musibah dan lain-lain lagi.

Tahun ini ayah buat Aqiqah untuk 2 orang iaitu Altaf dan Aqli. Ajwad dah buat Aqiqah, ketika itu di Masjid Felda Lubuk Merbau, Pendang Kedah. Majlis dirasmikan oleh Sultan Kedah. Ayah azam mulai tahun akan datang ayah akan menjalankan ibadah korban pula sebagai aktiviti tahunan keluarga kita yang kecil ini.

Menjadi teman ayah di IJN ialah rakan-rakan seperjuangan lain, Ada yang menanti anak, bapa, ibu, saudara di ICU. Rasanya mereka kan beraya di IJN. Kalau direnung dalam mata mereka, penuh dengan harapan agar mereka dapat pulang bersama keluar dari IJN. Walaubagaimanapun ada juga ketikanya 'Code Blue' terpasang, menandakan ada kematian. Maka mereka redha dengan ketentuanya, pulang ke kampung halaman bersama kereta mayat. Begitulah kesemua mereka yang berada di IJN menanti dengan penuh harapan dan doa.

Di surau pula, ayah selalu terserempak dengan beberapa orang ayah atau anak melaksanakan solat sunat sepertiga malam memohon kepada Allah agar dipermudahkan jalan dan selamatkanlah keluarga mereka. Ameen ya robbal allamin muga diperkenankan Allah doa-doa kami.

Suasana di IJN begitu sejuk sekali, malam tadi ayah dan ibu tidur di kerusi bilik menunggu. Sejuk hingga ke tulang...Lepas sembahyang malam..ayah cuba tidur lagi..ayah menggigil sampai ke pagi...Walau bagaimanapun ini perkara kecil sahaja..Ajwad kat dalam ICU lagi besar cabarannya..so ayah buat tak tau je lah sejuk ke..nyamuk ke..buat x endah je lah..

Semuga Raya Korban tahun ini memberikan keinsafan kepada kita semua..semuga bertambah ketaatan kita kepada Allah dan kita lebih bersyukur dalam kehidupan ini. Ameen. Robbal Allamin..Segala Puji Bagi Allah Tuhan yang Mencipta sekelian alam..Engkau Maha Besar Maha Agung, Maha Pengasih dan Penyayang..Segala puji bagi mu Ya Allah....Aku sujud kepada mu ya Allah.

Pembedahan Kali Kedua Yang Mengejutkan

Assalamualaikum.

Hari Isnin 15/11/2010. Ayah dan ibu berada dirumah. Ayah merancang untuk ke IJN tgh hari waktu melawat. Sementara itu pagi itu ayah nak buat urusan pertukaran sekolah anak-anak. Ayah hanya sempat ke sekolah agama Altaf dan Sekolah khas Ajwad sahaja. Ibu menelefon dengan suara terketar-ketar.." Dr. Hew nak jumpe, dia nak buat operation emergency sebelum pukul 2, nak jumpa ayah dan ibu Ajwad". Ayah cuba mententeramkan hati, apalagi lah yang nak dibuat nih.. semalam ok je cam x de masalah pun. Ayah pun bekejar ke rumah. Sampai dirumah ibu telah bersedia. Ayah pun memecut pantas ke IJN. Jalan jam, maka ayah pun mencilok sana sini dan akhirnya sampai jugak dengan cepat.

Sampai di IJN Dr Choo menerangkan apa yang akan mereka lakukan begitu juga Dr. Hew pakr bedah jantung kanak-kanak. Katanya, " Dr telah menukar saluran utamanya dengan saluran dari haiwan dan saluran itu besar. Saluran itu berfungsi dengan baik. Namun dari saluran itu ada dua saluran ke paru-paru kanan dan kiri, 2 saluran itu sempit. Oleh kerana sempit, darah akan ke paru-paru perlahan-lahan dan akan menyebabkan jam ke laluan masuk ke paruparu. Bila tekanan tinggi di sebelah jantung kanan darah tersebut perlu di halakan ke tempat lain supaya jantung tidak basah dan bekerja dengan kuat di sebelah kanan. Maka Dr lubangkan semula lubang yang telah ditutup di antara chamber jantungnya sebanyak 7mm. Tindakan ini diharapkkan dapat mengurangkan tekanan di jantung kanannya. Selepas pembedahan semunya ok. Namun pada malam Isnin, Dr membuat prosidur echo untuk mengesahkan keadaan dalaman jantung, didapati darah di jantung kanan telah pergi kejantung kiri seperti yang dirancang, tetapi terdapat juga darah dari jantung kiri ke jantung kanan semula. Ini adalah tidak dirancang sama sekali. Tujuan lubang itu untuk mengurangkan lebihan darah di jantung kanan dan mengurangkan tekanan di jantung kanan tapi darah dari jantung kiri pun nak join darah di jantung kanan. Ini x bagus. Justeru itu Dr decide perlu dibedah segera untuk mengecilkan lagi lubang buatan itu kepada 3mm.

Ajwad dibawah ke bilik bedah jam 2.30pm dan keluar pada pukul 6.30pm. Dr kata semunya ok dan diharapkan Ajwad dapat bereaksi dgn baik untuk tempoh 24 jam ni. Sekiranya tiada masalah. Dr akan mengurangkan bantuan oksigen kepadanya sedikit-demi sedikit.

Esok Hari Raya Haji, Tok Wak, Tok Mak, Mak Tam dan Mak Usu dia ada kat umah. Mesti x tau nak wat apa. Maklumlah bukan rumah mereka. Tapi x pe ibu dah bg tau Mak Tamnya untuk beli brg di mana untuk masak-masak untuk menyambut raya Haji ni. Semuga Ajwad cepat sembuh..Ameen.

Saturday 13 November 2010

Selepas 24 jam pembedahan

Hari ini selepas 24 jam pembedahan, dilihat Ajwad begitu tenang berbaring di atas katil tidak sedarkan diri. Sempat bertanya kepada Dr bagaimana keadaan dia hari ni. Dr memaklumkan keadaan bertambah baik. Walaubagaimanapun, terdapat komplikasi di bahagian buah pinggang. Dr. dapat mengesan perkara ini apabila mendapati urine beliau tidak keluar seperti yg dr jangkakan. Kini dr sedang menumpukan kepada buah pinggang nya pula. Manakala dadanya masih belum dapat ditutup memandangkan jantungnya masih bengkak.

Hari ini ramai rakan taulan dan saudara mara datang melawat. Nasran kawan sekolah dan kawan sepermainan ragbi pun datang melawat dari Cheras. Hari ni juga Tengku dan Yan suami isteri rakan se ITM Melaka datang melawat. Kami tidak pernah berjumpa selepas tamat ITM Melaka sejak tahun 1996. Lama tuhh...Ane juga ada melawat bersam Ieja adiknya yang tersayang. Kemana saje mrk akan berdua semenjak ayah dan ibu mereka meninggalkan dunia ini ke alam yang satu lagi. Begitu juge hari ini Ayah Long dan Mama Long sekeluarga dari Tangkak datang ziarah...Terima kasih.

Dr bertanya di manakah kami tidur malam tadi setelah meminta kami standby 24 jam. Dalam kereta dr. Dr tersenyum simpati. Dr menyuruh kami pulang ke rumah hari ini dan jangan risaukan anak kerana dia dijaga oleh pakar-pakar di IJN. Kesihan melihat kami. So, malam ni kami berada dirumah....apakah keadaan anak kami sepeninggalan kami ini..risau, cemas, takut bermain ulang alik dalam pemikiran....takut jadi perkara yg x diingini. DI ICU macam-macam boleh jadi...........

Friday 12 November 2010

Detik Selepas Pembedahan





Assalamualaikum W.B.T kepada sahabat semua..

Semalam, sgt mendebarkan. Tuhan saja yang mengetahuinya. Ajwad sepatutnya dijadualkan untuk dibedah pada pukul 11am telah diminta untuk masuk dewan bedah pada pukul 10 am. Kami dimaklumkan 30 minit sebelum 10 am. Mengucap panjang ayah kerana terkejut. Ayah minta izin dari nurse untuk memandikan anak istimewa ini sendiri dengan ubat basmi kuman dan nurse bg ayah 10 minit bersama anak ini. Biasalah jumpa air mestilah seronok. Kami mandi manda macam tiada apa yg berlaku. Dari ujung rambut hingga ujung kuku kaki ayah menyalut badannya dengan sabun tersebut. Setiap sahutan diiringi doa penahan badan yang diberi Tok Wak Ajwad. Hati jadi sebak kalau difikirkan sangat. Jadi ayah mandikan Ajwad sambil menyanyi lagu kesukaannya. Jgn x percaya lagu rock dulu-dulu Metafora Wasangka Cintaku.


Selepas mandi ayah mengelap badannya manakala ibu menyiapkan peralatannya. Nurse sudah menunggu diluar dengan katil untuk ke dewan bedah. Ayah memakaikan baju pembedahan sambil mengolokkannya ini baju superman. Dia pun rasa seronok. Padahal dia tak tahu bahawa dadanya akan dibelah nanti dan tulang rangkanya akan dikepak oleh dr. Sesampai di wad pembedahan ayah ayah diperkenalkan dengan pakar bius iaitu Dr Takahesi dari Jepun, beliau menerangkan apa yang akan dilakukan nanti. Setelah itu ayah diminta untuk menukar pakaian untuk membawa Ajwad ke dewan pembedahan, malangnya kerana saiz ayah sgt cutting..baju tu x muat. Maka ibu disuruh memakai baju itu. Ibu muat pulak. Maka ibulah yang mengusung beliau ke dalam dewan pembedahan.

Setelah menyain apa yang patut. Kami pun beredar dari situ dan menunggu di bilik menunggu. Ramai orang dis situ, ada yang sedang menanti anaknya, bapanya, ibunye dll. Ada juga kes seorang cina, bapanya dah sgt kritikal Dr pun sudah suruh mereka bersedia untuk apa kemungkinan. Si anak pun siap dah minta keluarga galikan kubur..namun kuasa tuhan mangatasi segalanya bapa cina itu kembali stabil. Satu kes lagi ialah anak jiran sebelah bilik. Dia masuk awal kerana dia kes no 1 untuk wad kanak-kanak. Dia masuk wad OT pukul 9 am dan keluar pukul 8 pm padahal keadaan jantungya tidak sehebat Ajwad. Namun bagi kami Ajwad sentiasa dipermudahkan jalannya.

Jam 5.30pm Hp ibu berbunyi. Call dari wad ICU memberitahu Ajwad baru dipindahkan dari wad bedah ke ICU dan diminta datang segera sementara Dr bedah masih ada disitu. Kami pun berlari ke sana. Ada lebih kurang 5 pintu automatik yang perlu dilalui sebelum sampai ke ICU. Sesampai di ICu kami lihat Dr pakar dan nurse berbaju purple sedang mengelilingi beliau sambil memasang peralatan monitoring. Botol darah, ubat-ubat dll. Dr Hew minta kami ke bilik menunggu sebentar kerana dia masih belum bersedia.

Beberapa minit kemudian, Dr memanggil kami, katanya Ajwad nampak Ok. Tapi dia x kan merah sepenuhnya kerana semasa testing jantung beliau didapati tekanan darah di sebelah jantung kanan agak tinggi lalu Dr telah melubangkan semula sedikit bahagian jantung yang ditampal terdahulu bagi mengurangkan tekanan di jantung kanan, Maka darah biru dah merah akan bercampur semula. Namun ini adalah untuk sementara bagi membolehkan beliau serasi dengan modifikasi yang dibuat oleh Dr. Sekiranya semua bagus tindakan menutup lubang tadi akan dibuat tapi bukan untuk masa terdekat dan prosidurnya adalah sgt mudah dan tidak perlu ke wad pembedahan. Hanya menggunakan lab Angiogram. Manakala saluran lembu tersebut diharapkan dapat berfungsi dengan baik. Dan lubang-lubang saluran halus telah ditutup.

Ayah sempat mengambil gambar curi untuk diabadikan dalam kenangan. Nurse bagi tau jgn ambil gambar, ayah pun akur. Selpas itu Tok ayah dan Opah serta Pak Usu beliau sampai, kami bergilir menziarahi beliau.

Malam, dimanakah kami hendak tidur kerana IJN minta kami standby 24 jam. Bilik kami telah diambil orang kerana anak telah berada di dalam ICU. Nak balik takut apa-apa berlaku. Kami try ke dorm untuk pelwat. Bayaran yang dikenakan ada RM30 seorang tetapi kemasukan telah ditutup kerana kami x sempat register waktu pejabat tadi. Ye la camana nak register, kami pun tak tau camana prosidurnya..Any way kami duduk didepan tangga pintu lobby IJN sambil memerhatikan kereta lalu-lalang di Jalan Tun Razak ini. Lalu kami mengambil keputusan untuk tidur di dalam kereta sahajalah kerana di bilik menunggu ramai yang telah berkampung disitu. Mereka ada yang membawa tikar dan berkongsi beramai-ramai tidur seperti mangsa banjir baru-baru ini. Mereka mempelawa kami, namun kami menolak dengan baik dan beransur ke tempat parking untuk tidur di dalam kereta.

Di dalam kereta, biasalah..nyamuk , panas dll. Tapi semua tu dah x de rasa pada kami. Apa yang penting Ajwad beransur pulih dan sihat. Kami x kisah langsung pada diri ini. Lagipun selama ini selalu todur di katil best,..sekali-sekali tidur dalam kereta apa salahnya. Orang lain lagi susah..tidur tepi paritlah, bawah jambatan lah dll. Dalam kereta ni belum mencabar lagi. Kami berbual di dalam kereta dan tertidur. Sesekali terjaga kerana nyamuk dan panas. Adakalanya x rasa apa pun..Di harap Ajwad tetap steady di dalam ICU..Adakah dia ok,Adakah dia kritikal semula, adakah dia fit, Bolehkah jantung dia berfungsi...bermacam-macam perkara bermain di fikiran ini . Sahabatku Tengku menelefon di kala kami telah berada di dalam kereta beliau berasa sedih dengan keadaan kami. Ayah bg tau dia dugaan manusia x sama. Ayah syukur kerana dugaan ayah ialah menjaga anak pinjaman tuhan iaitu anak istimewa. Alah bisa tegal biasa..agi idup agi ngelaban, berpantang maut sebelum ajal, selagi masih bernafas akan terus berjuang....

Thursday 11 November 2010

Detik sebelum pembedahan esok

Assalamualaikum....

Semalam kami bertiga ibu, ayah dan Ajwad telah mendaftar untuk kemasukan wad. Sedang mendaftar ofis bahagian HR panggil,katanya ada benda penting. Lalu, ayah berjanji akan ke ofis selepas urusan pendaftaran selesai.

Agak ramai pesakit mendaftar untuk kemasukan wad. Masa sudah menunjukkan pukul 3 ptg namun masih tidak selesai. Akhirnya, seorang petugas IJN memaanggil nama pesakit seorang demi seorang untuk dibawa ke wad masing-masing. Masa semakin mencemburui ayah, sebaik sahaja confirm bilik Ajwad, ayah terus berjumpa petugas tersebut meminta bantuan nye untuk mengangkat beg kami kerana ayah kena bekejar ke ofis. Untuk apa lah agaknya..tgh time macam ni ada-ada sahaja.

Sampai di ofis, dimaklumkan ayah ditawarkan menjadi Pengarah MIDA Negeri Melaka. Alhamdulillah, di tengah haru biru ni satu berita gembira terukir. Ini untuk mu anakku..Ayah setuju dengan tawaran tersebut dan terus bekejar ke IJN semula.

Malam tu tiada apa berlaku, hanya check tekanan darah dan degupan jantungnya sahaja..malam ini kami tidur di dalam wad.. di atas kerusi, manakala ibu diberikan sebuah katil bergerak.

Hari ini 11/11/10, sehari sebelum pembedahan. Subuh lagi nurse masuk untuk check tekanan darah dan lain-lain. Tengah hari sikit Ketua pakar memanggil kami untuk menerangkan apakah yang akan dilakukan nanti. Menurutnya pembedahan ini sangat perlu dilakukan , kalau tidak lama kelamaan jantungnya akan mati sendiri kerana tidak cukup darah sampai kedalam jantung. Prosidur agak merbahaya, walaubagaimanapun beliau akan berusaha. Katanya.

Petang sedikit, Pakar bius pula memanggil kami untuk memeberikan penerangan berkaitan apa yang akan dilakukan. Rupanya untuk jantung, pakar bius adalah mmg specialist untuk jantung. Kerana untuk prosidur jantung ianya sangat kompleks hanya pakar bius yang terlatih dalam bidang ni saja yang boleh melakukannya.

Dalam pukul 6.00pm, pakar genetik pula sampai. Beliau ingin mengesahkan masalah yg di hadapi oleh Ajwad sekarang (masalah pembelajaran )adakah di sebabkan genetik atau di sebabkan sawan kerana kurang oksigen masa baby dulu. Walaubagaimanapun semua tu akan di buat selepas operation nanti.

Baru sebentar tadi Ketua wad ICU memberikan penerangan pula. Sebaik sahaja selesai pembedahan Ajwad akan dimasukkan kedalam ICU kanak-kanak. Seorang nurse akan bertanggungjawab ke atas seorang pesakit. Kebiasaan jikalau tiada masalah selepas 3 hari kanak-kanak akan keluar dari ICU, tapi ada juga 2 minggu, dan sebulan. Selepas tu kami dibawah ke setiap katil kanak-kanak di ICU. 10 buah katil semuanya dan menerangkan makna bacaan di monitor, saluran-saluran yang di pasang di badan kanak-kanak tersebut dll.

Petang tadi ajwad dimandikan dengan ubat membunuh kuman..dan malam ini dia kan mula berpuasa. Pembedahan dijadualkan pada pukul 11.00 pagi esok bersamaan 12 hb November 2010, hari Jumaat.

Tuesday 9 November 2010

Ke IJN semula untuk berjuang







Assalamualaikum dan Salam sejahtera...

Lama dah ayah tak menulis kerana kesibukan tugasan dan hal-hal berkaitan kehidupan yang perlu diutamakan. Hari ni ayah nak luangkan masa sedikit untuk meluahkan apa yang di dalam hati ni.

Hari ni Ajwad dijadualkan semula untuk ke IJN bagi menjalankan pembedahan majornye. Hati ni rasa seperti dahulu, iaitu pada masa mula-mula kami menghadapi saat-saat dimana kami mungkin kehilangannya. Hati rasa tidak tenteram, semalaman ditikar sembahyang berserah pada Allah yang maha Esa agar di permudahkan segala urusan pembedahan ini. Luaran nampak seperti tabah, namun di dalam hati ini hanya Allah yang mengetahuinya. Setiap detik dan ketika ayah dan ibu bersama mu terbayang di mata. Mataku bergenang mengingatkan telatah mu wahai anakku.

Imbas kembali pada oktober lepas ketua pasukan pakar bedah yang akan mengetuai pembedahan Ajwad menghendaki Ajwad dimasukkan ke IJN untuk menjalani ujian-ujian pasca pembedahan. Ujian yang dilakukan termasuklah menguji kesan iodin ke atas badan beliau bagi memastikan beliau tiada alahan terhadap bahan tersebut. Seterusnya yang terakhir ialah angiogram bagi melihat secara terperinci ke dalam jantung bagi memastikan apakah tindakan yang terbaik apabila pembedahan dijalankan nanti.

Di dalam bilik OT Angiogram, ayah menatang Ajwad ke katil OT. Ketika itu beliau masih sedar dan bergelak ketawa. Semua Dr dan nurse berdiri dikeliling katil menyambut kami sambil berpakaian biru dan mulut tertutup. Dr Farhad dari Bahgdad Iraq mendekati kami dan memaklumkan akan menyuntik bius kepada Ajwad. Ayah akur..Ketika Ajwad masih di tangan ayah Dr Farhad membius beliau. Dalam kiraan 1..2..3..Ajwad berada di alam maya..namun matanya masih terbuka sambal tgnnya menyalut muka ayah..Dari raut muka dan matanya seolah hendak membberitahu kita apakah mereka mahu lakukan padanya.....aku pasrah...

Lebih kurang 2 jam prosidur selesai. Namun Ajwad tidak mahu bangun dari tidurnya. Menurut Dr Farhad, sekiranya beliau tidak jaga atau matanya tidak terbuka..ini akan menyebabkan masalah lain..maka 2 orang nurse termasuk Dr Farhad dan ayah cuba mengejutkan beliau..akhirnya beliau membuka matanya perlhan-lahan sambil terseyum..dan terus di ulik mimpi semula...Kata Dr..sekiranya beliau tidak membuka mata..maknanya beliau telah berada dalam koma..Alhamdulillah semua berjalan baik..

Menurut Dr..hasil result angiogram ini akan di analisa dan pembedahan akan dilakukan dalam minggu itu juga. Namun tuhan itu maha besar..IJN dikunjungi oleh kanak-kanak yang berada dalam situasi kritikal. Di sebelah katil Ajwad lebih kurang 5 orang kanak-kanak bersilih ganti menduduki katil tersebut kerana kes emergency..maka urusan pembedahan Ajwad di tangguhkan.

Pada malam tersebut Dr. Hew memanggil kami..hati kami berdebar..takut pun ada..gembira pun ada..takut kerana tidak tau apa yang hendak beliau katakan..gembira pula adalah kerana..akhirnya ada juga penyelesaian terhadap penantian 7 tahun ini...Berjumpa dengan Dr Hew adalah sesuatu yg sangat istimewa..beliau juga adalah Dr yang membedah Ajwad ketika beliau berumur 4 Tahun. Ketika itu ajwad menjalani pembedahan bypass. Kini beliau sekali lagi mengetuai pembedahan ini dan kami sangat gembira. Beliau seorang wanita yang teliti, kecil molek dan berambut pendek dan bercermin mata dn berkulit putih. Beliau menerangkan secara terperinci apa yang akan beliau lakukan pada pembedahan itu nanti.

Saluran dari jantung ke paru-paru yang sepatutnya membawa darah biru tidak beroksigen masih sempit dan tidak membesar seperti yang beliau kehendaki walaupun tindakan bypas ke saluran tersebut bagi memaksa tumbesarannya telah dilakukan. Oleh demikan sebagai solution..beliau terpaksa membuang terus saluran tersebut dan digantikan dengan saluran dari haiwan iaitu lembu. Prosidur ini agak rumit dan membahaya kerana takut badan Ajwad tidak mahu menerima saluran itu. Akibatnya komplikasi akan berlaku. Seterusnya terdapat banyak saluran halus ke paru nye dimana tiada orang yang ada saluran lebihan itu. Saluran halus yang banyak itu akan ditutup dengan sejenis coil. Komplikasinya ialah sekiranya perkiraan mereka silap aliran darah ke paru-paru tidak seimbang. Ini akan menyebabkan kesan lain ke atas buah pinggang, limpa dll. Ini adalah kerana selama ini ajwad dibantu oleh saluran halus tersebut untuk membawa darah biru untuk diproses di parunye dan membekalkan oksigen supaya darah tersebut bertukar menjadi merah. Seterusnya Dr Hew akan memmbuka jantungnya dan menutup lubang yang berada di antara chambernye. Lubang ini ada kerana tekanan darah biru yang tinggi tidak dapat melepasi saluran yang sempit itu akan memecahkan jantung, maka tuhan lubangkan jantung tersebut agar darah tidak beroksigen itu akan melalui jantung tanpa memecahkan jantung dan curculate ke seluruh badannya tanpa oksigen. Lubang tersebut akan ditutup dengan sejenis kain khas. Kini oksigen di badan Ajwad sekitar 80% sahaja.

Dr Hew berkata, "Oleh kerana ramai pesakit emergency, prosidur pembedahan Ajwad ditangguhkan dan akan dilakukan pada November tahun ini juga. Ayah dan ibu Ajwad..saya benarkan kamu semua balik..bergembiralah dengan anak ini..makanlah makanan yang sedap-sedap dan pergilah berjalan-jalan bersama-sama. IJN akan call untuk masuk semula bagi pembedahan major beliau. Sekiranya badan Ajwad menerima perubahan yang dilakukan. Ajwad akan perlu dibedah setiap 5 tahun bagi menukar saluran itu sehingga dewasa. Seperti mana ayah dan ibu maklum, nyawa ditangan tuhan IJN akan menjalankan tugas yang diamanahkan dengan cara paling baik dan menggunakan teknologi yang terkini. Tiada garenti selama mana Ajwad akan hidup, namun IJN akan cuba membantu memanjangkan hayatnya..selebih berserah pada tuhan. Kami paham jawab saya dan isteri.

Hari ini Ajwad akan ke IJN, Ayah berserah sepenuhnya kepada tuhan..Ayah redha apa yang akan berlaku. Namun ayah dan ibu tetap menaruh harapan agar anak ini akan bersama dengan kami lagi sehingga kami menghembuskan nafas terkahir kami...Semuga pembedahan ini berjaya..Amin..Ya Rabbal Allamin.. Aku Redha dengan ketentuan mu ya Allah...