Saturday 3 March 2012

3/3/2012- Gambar-gambar terkini Ajwad

16/02/2012 - Follow up ke IJN

Assalamualaikum.. Telah sekian lama ayah tidak menulis. Hmmmm...Hari ini terdetik untuk menulis semula. Ajwad telah kembali semula ke IJN untuk follow up seterusnya pada 15/2/12. Objektif kali ini ialah untuk melihat fungsi jantungnya samada berfungsi dengan baik atau tidak. Kami bertolak awal dari Melaka. Altaf ke sekolah, manakala Aqli terpaksa ponteng sekolah tadika cina nya. Jikalau tidak siapa yang nak ambil dia balik sekolah. Perjalanan ke IJN tidak lah begitu membosankan memandangkan kami pun sudah lama x naik ke KL. Walaubagaimanapun, jam tetap jam di jalan Tun Razak. Setelah sampai, ibu pun register nama Ajwad di kaunter, manakala ayah mencari tempat parking. Semasa menunggu Ajwad asyik hendak terkencing dan habis basah seluarnya kerana tidak tahan kesejukan di IJN. Memang IJN sejuk. Sememangnya akhir-akhir ini Ajwad tidak dapat menahan kencingnya. Acapkali di rumah pun dia terkencing di dalam seluar. Sebelum ini Ajwad boleh ke bilik air sendiri..tetapi akhir-akhir ini beliau seperti lupa yg apabila terasa hendak kencing mesti pergi bilik air..Kini semasa tidur pun perlu memakai pampers, sekira tidak habis lencun katil. Nama Ajwad di panggil dan kami pun berjumpa doktor berkenaan. Dr Haifa, pakar perunding jantung kanak-kanak IJN. Kecil molek orangnya. Telah bersama kes Ajwad semenjak Ajwad lahir lagi. Diognosis biliau adalah..jantung Ajwad seperti bengkak sedikit walau bagaimanapun semua alat tambahan..3 coil, implan yg dimasukkan untuk menggantikan saluran yg sempit, saluran bypass, sejenis kain khas 'cloth' utk menampal lubang antara chamber jantung..berfungsi baik. Ayat yg terkeluar dari mulutnya ialah...'boleh tahan jantung Ajwad nih..cuma ada bengkak sikit..tapi x de apa-apa pun. Rasa berderau darah bila mendengar jantungnya bengkak. Dari pemerhatian harian kami, dia memang aktif cuma nampak ada sedikit biru..x tau kenapa. Anyway..follow up seterusnya adalah setahun lagi. Pesan Dr. Haifa..sekiranya berlaku perkara yg mencurigakan terus ke GH Melaka. Petangnya pula, Ajwad ada Appointment dengan Dr. Choy Pakar Genetik. Beliau sedang mendiagnosis samada Ajwad ada penyakit genetik. Result darah yg lepas masih tidak dapat dari GH KL. Beliau memarahi nurse di GH KL kerana terpaksa ambil darah semula. Beliau menta maaf kepada kami dan meminta izin untuk ambil darah Ajwad. Begitu pakar sebentar sahaja darah tersebut dapat di ambil. Selepas itu kami pun pulang ke rumah dan tertanya-tanya..apsal Dr Haifa cakap bengkak tapi boleh tahan.......rasa risau melanda diri ayah dan ibu semula.