Thursday 11 November 2010

Detik sebelum pembedahan esok

Assalamualaikum....

Semalam kami bertiga ibu, ayah dan Ajwad telah mendaftar untuk kemasukan wad. Sedang mendaftar ofis bahagian HR panggil,katanya ada benda penting. Lalu, ayah berjanji akan ke ofis selepas urusan pendaftaran selesai.

Agak ramai pesakit mendaftar untuk kemasukan wad. Masa sudah menunjukkan pukul 3 ptg namun masih tidak selesai. Akhirnya, seorang petugas IJN memaanggil nama pesakit seorang demi seorang untuk dibawa ke wad masing-masing. Masa semakin mencemburui ayah, sebaik sahaja confirm bilik Ajwad, ayah terus berjumpa petugas tersebut meminta bantuan nye untuk mengangkat beg kami kerana ayah kena bekejar ke ofis. Untuk apa lah agaknya..tgh time macam ni ada-ada sahaja.

Sampai di ofis, dimaklumkan ayah ditawarkan menjadi Pengarah MIDA Negeri Melaka. Alhamdulillah, di tengah haru biru ni satu berita gembira terukir. Ini untuk mu anakku..Ayah setuju dengan tawaran tersebut dan terus bekejar ke IJN semula.

Malam tu tiada apa berlaku, hanya check tekanan darah dan degupan jantungnya sahaja..malam ini kami tidur di dalam wad.. di atas kerusi, manakala ibu diberikan sebuah katil bergerak.

Hari ini 11/11/10, sehari sebelum pembedahan. Subuh lagi nurse masuk untuk check tekanan darah dan lain-lain. Tengah hari sikit Ketua pakar memanggil kami untuk menerangkan apakah yang akan dilakukan nanti. Menurutnya pembedahan ini sangat perlu dilakukan , kalau tidak lama kelamaan jantungnya akan mati sendiri kerana tidak cukup darah sampai kedalam jantung. Prosidur agak merbahaya, walaubagaimanapun beliau akan berusaha. Katanya.

Petang sedikit, Pakar bius pula memanggil kami untuk memeberikan penerangan berkaitan apa yang akan dilakukan. Rupanya untuk jantung, pakar bius adalah mmg specialist untuk jantung. Kerana untuk prosidur jantung ianya sangat kompleks hanya pakar bius yang terlatih dalam bidang ni saja yang boleh melakukannya.

Dalam pukul 6.00pm, pakar genetik pula sampai. Beliau ingin mengesahkan masalah yg di hadapi oleh Ajwad sekarang (masalah pembelajaran )adakah di sebabkan genetik atau di sebabkan sawan kerana kurang oksigen masa baby dulu. Walaubagaimanapun semua tu akan di buat selepas operation nanti.

Baru sebentar tadi Ketua wad ICU memberikan penerangan pula. Sebaik sahaja selesai pembedahan Ajwad akan dimasukkan kedalam ICU kanak-kanak. Seorang nurse akan bertanggungjawab ke atas seorang pesakit. Kebiasaan jikalau tiada masalah selepas 3 hari kanak-kanak akan keluar dari ICU, tapi ada juga 2 minggu, dan sebulan. Selepas tu kami dibawah ke setiap katil kanak-kanak di ICU. 10 buah katil semuanya dan menerangkan makna bacaan di monitor, saluran-saluran yang di pasang di badan kanak-kanak tersebut dll.

Petang tadi ajwad dimandikan dengan ubat membunuh kuman..dan malam ini dia kan mula berpuasa. Pembedahan dijadualkan pada pukul 11.00 pagi esok bersamaan 12 hb November 2010, hari Jumaat.

No comments:

Post a Comment