Sunday 3 May 2015

Persembahan Silat Altaf di Sekolah American School of Bombay -ASB -Fon 2014 -05 Malaysian Martial Arts





Ini adalah hari yang bersejarah bagi Altaf membuat persembahan silat di khalayak ramai.  Sebelum ini banyak juga di membuat persembahan di kenduri kenara.  Selalu juga dapat jemputan masa di Klang dan Melaka dulu.



Oleh kerana tiada peserta dari Malaysia untuk membuat persembahan Festival of The Nation di sekolah barunya..ayahnya telah bertanya pada Altaf.  Altaf nak masuk tak persembahan kebudayaan sekolah...mulanya dia tak mahu kerana mungkin menari dan sebagainya.  Ayahnya telah menerangkan apa itu kebudayaan termasuklah seni mempertahan kan diri.  Jadi ayahnya bertanya..apa yang abang paling mahir...Silat katanya..tapi ayah kena ajar abang gerak seninya.  Ayahnya pulak bagi tau..ayah belajar Combat Fighting (buah pukul) jer.  Sikit sikit bolehlah...Setelah persetujuan di capai..mereka pon berlatih malam malam. Inilah hasilnya.



Sehabis persembahan ramai ibubapa dan guru kagum dengan Altaf dan ada yang bertanya kepada ayahnya..adakah ayahnya yang mengajar..ayahnya kata tgk youtube jer. Ada juga yang nak ayahnya mengajar anak mereka..ayahnya kata tgk youtube ajer..ha..ha.. Sejak itu Altaf dikenali dan popular di sekolahnya.