Monday 15 November 2010

Pembedahan Kali Kedua Yang Mengejutkan

Assalamualaikum.

Hari Isnin 15/11/2010. Ayah dan ibu berada dirumah. Ayah merancang untuk ke IJN tgh hari waktu melawat. Sementara itu pagi itu ayah nak buat urusan pertukaran sekolah anak-anak. Ayah hanya sempat ke sekolah agama Altaf dan Sekolah khas Ajwad sahaja. Ibu menelefon dengan suara terketar-ketar.." Dr. Hew nak jumpe, dia nak buat operation emergency sebelum pukul 2, nak jumpa ayah dan ibu Ajwad". Ayah cuba mententeramkan hati, apalagi lah yang nak dibuat nih.. semalam ok je cam x de masalah pun. Ayah pun bekejar ke rumah. Sampai dirumah ibu telah bersedia. Ayah pun memecut pantas ke IJN. Jalan jam, maka ayah pun mencilok sana sini dan akhirnya sampai jugak dengan cepat.

Sampai di IJN Dr Choo menerangkan apa yang akan mereka lakukan begitu juga Dr. Hew pakr bedah jantung kanak-kanak. Katanya, " Dr telah menukar saluran utamanya dengan saluran dari haiwan dan saluran itu besar. Saluran itu berfungsi dengan baik. Namun dari saluran itu ada dua saluran ke paru-paru kanan dan kiri, 2 saluran itu sempit. Oleh kerana sempit, darah akan ke paru-paru perlahan-lahan dan akan menyebabkan jam ke laluan masuk ke paruparu. Bila tekanan tinggi di sebelah jantung kanan darah tersebut perlu di halakan ke tempat lain supaya jantung tidak basah dan bekerja dengan kuat di sebelah kanan. Maka Dr lubangkan semula lubang yang telah ditutup di antara chamber jantungnya sebanyak 7mm. Tindakan ini diharapkkan dapat mengurangkan tekanan di jantung kanannya. Selepas pembedahan semunya ok. Namun pada malam Isnin, Dr membuat prosidur echo untuk mengesahkan keadaan dalaman jantung, didapati darah di jantung kanan telah pergi kejantung kiri seperti yang dirancang, tetapi terdapat juga darah dari jantung kiri ke jantung kanan semula. Ini adalah tidak dirancang sama sekali. Tujuan lubang itu untuk mengurangkan lebihan darah di jantung kanan dan mengurangkan tekanan di jantung kanan tapi darah dari jantung kiri pun nak join darah di jantung kanan. Ini x bagus. Justeru itu Dr decide perlu dibedah segera untuk mengecilkan lagi lubang buatan itu kepada 3mm.

Ajwad dibawah ke bilik bedah jam 2.30pm dan keluar pada pukul 6.30pm. Dr kata semunya ok dan diharapkan Ajwad dapat bereaksi dgn baik untuk tempoh 24 jam ni. Sekiranya tiada masalah. Dr akan mengurangkan bantuan oksigen kepadanya sedikit-demi sedikit.

Esok Hari Raya Haji, Tok Wak, Tok Mak, Mak Tam dan Mak Usu dia ada kat umah. Mesti x tau nak wat apa. Maklumlah bukan rumah mereka. Tapi x pe ibu dah bg tau Mak Tamnya untuk beli brg di mana untuk masak-masak untuk menyambut raya Haji ni. Semuga Ajwad cepat sembuh..Ameen.

No comments:

Post a Comment