Friday 16 January 2009

The Sequel - 23/11/2003 - The 2nd day

Pukul satu pagi doktor sekali lagi memberitahu ayah..yang anak ayah sedang kritikal. Ayah hanya dapat melihat dari luar sahaja dan pasrah kepada tuhan. Ayah bertanya kepada seorang nurse disana…”Di manakah surau saya ingin bersembahyang. Nurse pun menunjukkan arah surau dan ayah pun kesana dengan hati yang sedih. Setelah mengangkat air sembahyang ayah pun sembahyang hajat dan berdoa kepada tuhan. Antara bait-bait doa ayah

“ …..Ya Allah yang tuhan ku..aku tahu dari engkau kami datang dan kepada engkau kami akan pergi semula. Kau pasti sedia maklum bahawa anakku sedang di dalam keaadaan yang kritikal dan berperang dengan penyakit yang tidak diketahui dan sedang bertarung dengan mautnya. Segala puji bagi Allah tuhan yang mencipta sekalian alam. Ku pohon kepadamu.sekiranya masa depan anakku akan mengembirakannya dan hidupnya bahagia dan tidak akan susahkan dirinya atau orang lain akibat penyakitnya kau panjangkan umurnya. Dan sekiranya masa depannya akan memudaratkannya dan akan menyebabkan beliau dihina, dikeji atau menyusahkan orang lain ku minta padamu ya Allah, Kau ambil nyawanya malam ni juga…”

Itulah antara bait doa ayah pada malam itu. Berjujuran air mata ayah tanpa henti ketika melafazkan doa itu. Pada ketika itu hanya tuhan sahaja tempat kita mengadu tiada yang lagi yang hebat dariNya. Hanya dia sahaja tempat meminta pertolongan.

Semalaman ayah tidak tidur…selepas melihat Ajwad dari pintu luar. Ayah pun bergegas ke hospital tempat ibu bersalin (DEMC). Sesampai di hospital..tatkala ibu melihat muka ayah dan keadaan ayah..ibu sudah seperti dapat mengagak sesuatu yang tidak baik telah berlaku…Ayah cuba tenangkan diri dan menguatkan hati untuk memberitahu ibu keadaan Ajwad ketika itu. Tanpa berkata-kata air mata ayah telah menyatakan semuanya kepada ibu. Ketika ayah lihat ibu menangis..secara sepontan ayah pun menangis sama sambil teresak-esak memberitahu ibu ..’ Sayang anak kita sedang nazak di ICU hospital Klang. Penyakitnya belum dapat dikenal pasti. Kita hanya dapat berdoa sahaja…’ Ayah meluahkannya sambil teresak-esak dan suara terputus-putus. Kami menangis sambil berpelukan.

Ketika menaip cerita ini ayah meminta Altaf membacanya. Sekonyong-konyong air mata keluar dari matanya sambil teresak-esak lalu berkata kepada ayah “ abang tak nak usik adik lagi sebab tuhan dah bagi adik abang balik. Sampai ke tua ke adik akan jadi macam tu… tidak boleh bercakap..tidak boleh berfikir macam orang lain..bla..bla…Ayah pun menoleh ke belakang dan mengesat air mata sendiri, hairan dengan budak yang baru berumur 8 tahun sudah faham keadaan sebegini. Altaf pun menangis teresak-esak di sofa..tidak tahu apa yang difikirkannya..Tapi ayah tahu sekarang Altaf sangat sayangkan adiknya. Falsafah ayah tentang kasih sayang..’Orang hanya akan menangis kerana kita, hanya kalau dia ada rasa sayang pada kita…betul tak.



1 comment: