Wednesday 14 January 2009

Salam Perkenalan


Salam Perkenalan.. Hari ni adalah hari yang paling hebat dalam hidup ayah kerana ayah berjaya mencipta blog. Ayah telah study camana nak buat blog melalui internet dan rakan. Rupanya sonang jo...Apasal ayah beriya benar nak buat blog ni..!
Pada suatu malam, isteri ayah mencadangkan supaya direkodkan kisah hidup anak kami di dalam 'moviemaker'. Lalu ayah mencadangkan pula, bagaimana sekiranya ayah belajar untuk membuat blog di dalam internet dan akhirnya atas sokongan ramai hari ini bermulalah aktiviti blogging ayah yang didedikasikan khas untuk anak ayah bernama Ahmad Ajwad Aqwa aka baby blue. Cuba tgk gambar diatas..ada hensem tak. Ayah ada 3 orang anak dan kesemunya lelaki. Yang pertama bernama Altaf Syaqiq(8 tahun) manakala yang ketiga bernama Ahmad Aqli Arfi(1thn).

Kini Ajwad sudah berumur 6 tahun dan bersekolah di Prasekolah Pendidikan Khas di Sekolah Kebangsaan Raja Muda (Integrasi) Seksyen 4, 40000 Shah Alam, Selangor. Apa makna integrasi? Integrasi bermakna aliran sekolah biasa bercampur dengan kanak-kanak kurang upaya yang hanya menerima kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran sahaja. Hari ini adalah hari ke lapan beliau bersekolah. Nampak ok je...Apalah agaknya beliau belajar di sekolah agaknya..........A....B...C ??? Tak mungkin kerana Ajwad tak boleh cakap dan berfikir dengan sempurna seperti kanak-kanak normal yang sebaya dengannya

Selepas ini ayah akan cerita serba sedikit tentang kisah Ajwad dari hari beliau di lahirkan kedunia serta kesusahan yang beliau hadapi serta ketabahan beliau sehinggalah hari ini. Ayah juga akan menceritakan tentang semangat doktor-doktor yang merawat beliau serta dedikasi mereka dalam usaha untuk menyelamatkan baby blue ini, juga keperihatinan insan-insan di sekeliling beliau. Semuga beliau dipanjangkan umur dimurahkan rezki dan masa depannya sentiasa baik dan mengembirakan AMIN.

No comments:

Post a Comment