Tuesday 16 September 2014

Ajwad Naik Kapal Terbang Buat Pertama Kali

Lirik Lagu Terbang Helang - Sharifah Aini

Di angkasa nan luas
Terbang sang helang bebas
Menebarkan sayapnya
Sungguh megah lagaknya
Helang mendabik dada
Membelahi angkasa
Dengan gaya perwira

Hidup ini sememangnya penuh dengan ujian. Ujian dari pelbagai sudut.  Dikurniakan oleh Allah untuk menguji umatnya. Macam lagu di atas.  Saya di arahkan bertugas di luar negara.  Saya anggap ini adalah rezki Ajwad setelah dia mengharungi segala keperitan.  Bagi saya ini adalah ujian baru dan saya perlu harungi dan hadapi dengan jayanya kerana sekiranya saya berjaya menggalas tugasan ini bermakna saya bakal melengkapkan kitaran utama dalam karier saya.

Ujian bagi Ajwad pula..bolehkah dia menaiki kapalterbang..pelbagai perkara bermain di fikiran.  Mampukan jantungnya bertahan di altitud yang tinggi tanpa sebarang tekanan.  Penerbangan mengambil masa lebih kurang 5 jam dari KLIA ke Mumbai, India. Alhamdulillah...kami selamat mendarat di Mumbai pada Jun 2013,  Ajwad pun sihat dan asik makan sahaja ketika di dalam kapal terbang. Syukur nikmat Allah.

Bermulalah episod baru kami merantau di tanahair orang mencari rezki yang halal dan sesuap nasi untuk keluarga tercinta. Serta menggalas amanah untuk negara Malaysia tercinta.  Kini kami sudah lebih setahun setengah di bumi India.  Namun Malaysia tetap di hati kami.  Selamat HARI MALAYSIA.






1 comment: