Saturday 28 February 2015

RONDA-RONDA INDIA SELAGI ADA RUANG DAN WANG...

Trip 1 : DELHI – AGRA – JAIPUR ( 30 sept – 03 okt 2013)



Bak kata pepatah..” hujan emas di Negara orang..hujan batu di negara sendiri…”..so jom lah kita pi ronda2 negara orang nih dah alang2 kita duduk sini kan..bang ? bole lah kita tengok india ni berhujan kan emas ke tidak…kalu ada emas bole lah di bawa belayar…he..he..


Minggu depan dah cuti sekolah…ada la dalam seminggu cutinya.  Sebab anak2 sekolah international kat sini..so depa panggil cuti “ autumn break”..kalau sekolah kat Malaysia tak ada ler cuti2 ikut musim nih..kiranya ini pengalaman baru la buat kami sekeluarga kat negara orang nih..so hadap dan nikmati jer lah apa yang di depan mata nih kan…


Plan Percutian 4 hari 3 malam pun dah siap…yahoo…esok kita pi bercuti..ini percutian pertama kami semenjak berhijrah ke Mumbai, India..so kita keluar dari Mumbai yang menyesakkan ini…fuh!!!
 
Di Chhatrapati Shivaji Domestic Airport menunggu kapalterbang
 
Beratur naik kapalterbang INDIGO cam AirAsia. Ajwad excited




Flight dari Mumbai (Bombay) ke Delhi pukul  12.45 tgh…kami naik domestic flight INDIGO..dalam pukul 2.15 pm dah sampai dah DELHI…kejap jer.  Sampai jer semua dah di aturkan .  Bagi yang first time travel kat Negara orang dengan bawa  anak2 yang masih kecik nih , kami pilih utk pakai travel agent lah buat masa nih so perjalanan pun lancer jer lah…keluar je airport dah ada INNOVA menunggu sebagai kenaikan kami sepanjang trip nih nanti…Driver kami ni namanya MR.KHAN…



DELHI ( 30 SEPT 2013)


Kat delhi kami tak plan untuk bermalam.  Lepas makan kat restoran TAMIL NADU HOUSE kami pun di bawa melihat2 sekitar delhi sebelum meneruskan perjalanan kami ke AGRA nanti…

kami disambut oleh agen ngan kalungan bunga (taik ayam). Tanda selamat datang
.


Kat bawah ni ada la beberapa keping gambar yang kami ambil sekitar DELHI.

  • Gate of india 
  • President house
  •  Dll
Chai power di Tamil Nadu House New Delhi

Tarik jangan tak tarik
Bila lapar pekena nasi beriani sini... mak!!! sedapnya
Belakang tu rumah Presiden dan Pejabatnya...Polis tu tak bagi masuk

Pejabat Kerajaan cam Putrajaya kita


Satu jam ronda2 DELHI, dalam pukul  4pm kami dah kena bertolak ke AGRA sebab ianya memakan masa selama lebih kurang 4 jam untuk sampai ke sana…amboi lamanya nak kena dok dlm innova nih…nasib la selesa untuk kami anak beranak.  Anak2 pakat tido la…bangun jer…masih tak sampai lagi…tido lagi..gini la india…tempat2 menarik untuk di lawati semuanya jauh2.




AGRA ( 01 OKT 2013)


Kami sampai ke agra ni dah malam….lebih kurang pukul  8 pm.  Kami check in kat hotel Radisson ..hmm..hotelnya pun bagus…suke makkk! Jom anak2 kita rehat2kan badan kita nih..esok lepas subuh dah nak keluar…??? Kemana ???


Ajwad kepenatan
Hotel Radisson Blue di Agra mmg best


Haaaa….apa yang ada kat AGRA nih??..apa yang menariknya?? Apasal pepagi buta lagi dah nak keluar..???


Ni lah dia tempatnya yang nak mai sangat tengok tuh…dok dengaq  cerita ja selama nih...jeng..jeng..jeng…taraaa…TAJ MAHAL…salah satu dari pada 7 wonders of the world.
Hebatkan..!

Shot yg menarik

Tak jauh dah dari hotel Radisson tuh..sampai je kami kena beli tiket dulu..pastu kena naik kereta kuda pulak sampai ke pintu masuk kawasan TAJ MAHAL tuh..nak masuk pulak kena scan segala benda yang kita nak bawa masuk.  Sebab tu la nak kena mai pepagi buta..orang pun belum ramai lagi time nih..panas matahari pun sesedap rasa jer..so..bermula lah kisah SHAH JAHAN  & MUMTAZ MAHAL di ceritakan kepada kami oleh tour guide….owhh…gitu kisahnya.  Kalau dilihat dengan teliti 4 menara Taj Mahal sebenarnya condong ke luar.  Ini adalah kerana, jurutera ketika itu memikirkan cara bagaimana untuk mengelakkan menara tersebut dari merosakkan binaan utama Taj Mahal tersebut sekiranya berlaku gempa bumi atau bencana dengan harapan ia akan tumbang keluar dan tidak mengenai bangunan utama,

Ini lah beberapa pic kami kat TAJ MAHAL nih..

Kenapa tutup mata tu



Ajwad gayat naik kereta kuda
Ajwad, Altaf, Aqli

Altaf Lompat bintang

Aqli lompat

Naik tangga nak pi ke atas Taj Mahal
Kagum dengan senibinanya

Berlatarbelakang salah satu menara


  
Belakang Taj mahal adalah Sungai Yamuna yang bersambung dengan Sg Ganges

Jalan Balik




Lepas dah puas dah sesi posing2 kat TAJ MAHAL ni…kita org pun balik semula ke hotel untuk breakfast.
Salam dengan Manager

Puas sarapan


Kira2 dalam pukul 11 am kami dah check out dari hotel Radisson untuk ke tempat seterusnya…



Sebelum meneruskan perjalanan ke tempat seterusnya, kami di bawa  melawat ke kawasan Agra Fort dan kawasan2 sekitar.  Selepas itu kita orang di bawa ke Marble House..kut ada yang berkenan di hati bole la beli apa yang patut..

Diceritakan mereka yang kerja melarik batu semi precious tersebut merupakan keturunan mereka yang membuat Taj Mahal.  Bila di tanya, mereka sebenarnya mewarisi seni tersebut secara turun temurun.  Kerja melarik tersebut sangatlah rumit dan memerlukan penelitian dan hanya yang mahir sahaja akan mengeluarkan produk yang berkualiti.  Batu batu tersebut lah yang di lekatkan di dinding Taj Mahal. 
 



Seni halus...
Beli untuk kenangan


Waktu pun dah pukul 2 pm…isi perut dulu lah sebelum travel lagi…jauh lagi nih..4 jam lagi wey..nak sampai. Siap makan dan solat ..kami teruskan perjalanan JAIPUR


Mereka yg kelaparan

Biryani Kambin Agra


Nasib la jalannya lurus dan lancer aje… anak2 biasalah tido lagi lah kejenye..pak dia pun sama jugak…


Kami sampai ke JAIPUR kira2 pukul 7 pm.  Check in kat Fortune Hotel  lepas tu keluar pi cari makan malam kat restoran2 berdekatan dengan hotel…jalan kaki jer dah sampai. Lepas makan balik ke hotel terus tido sbb esok pagi  ada aktiviti lagi yang sedang menunggu… rehat..rehat…rehat..



JAIPUR (02 OKT 2013)


Plannya hari ni nak pi naik gajah..he..he..sebab tak besa naik so nak try la hari nih…lepas je breakfast kat hotel  kami terus menuju ke tempat tu.  Tempat tu namanya AMBER PALACE  tempat bersejarah di Jaipur ni dan kami perlu menaiki gajah untuk ke situ. Nak naik gajah kena beli tiket dulu tau…seekor  gajah tiketnya RS 900..bole la naik 2-3 0rg seekor gajah.  Kami  5 orang amik 2 ekor gajah lah..
 
Gajah gajah berkumpul menunggu pelanggan




Istana di atas Bukit


Waduh…tergelek2 kami kat atas gajah tuh..seronok pun ada seram pun ada..kalu gajah tua lembab lah sikit jalannya kalu yang muda mencecet cecet dia memotong sambil mendaki bukit ke AMBER PALACE.
Lentik belakang gajah

Baja asli bertaburan..yg ni x best







Sepanjang pendakian kita bole la tengok view2 yang menarik di sekitar kaki bukit dan juga kerenah2 photografer tak bertauliah berlari2 nak amik gambar kita sepanjang pendakian bersama gajah tuh. Pandai2 lah kautim nanti ye kalu nak gambar yang dia orang amik tuh.

Nak masuk melawat ke AMBER PALACE tu pun kena beli tiket tau…tapi tak mahal lah..ok jer..




Masa zaman dahulu perempuan x boleh melihatkan wajahnya jika ada keramaian, maka mereka boleh menjengah mengikut tingkap tingkap kecil di atas tu

Taman Istana- Tak larat dan nak jalan ke sana





Movie Jodha Akhbar shooting kat sini lah..Ashwarya Rai berlakon

Lepak ngan Bhai Shahab


Testing endurance Ajwad....Nampaknya dia tahan


Lepas buat lawatan dan bergambar kami terus turun dari situ dan tour guide bawa kami ke kilang proses batu permata dan kedai kain saree…di sebabkan aku ni jenis  tak pandai sangat bershopping2 nih so tak de lah giler sangat membeli 2…ala2 kadar jer. 
 
kalau tak diproses batu ni tak de makna apa apa pun



inilah hasilnya bila dah siap proses


apa yang di cari tu aqli....


Lepas tu kita org  pi melawat istana lain pulak…nama pun JAIPUR.. keje melawat istana lama je lah..tapi menariklah pengalaman nih…siapa pernah tengok cerita JHODA AKHBAR ?..haa ..kat istana2 sini la depa berlakon.



Kenderaan Maharaja


Kenapa ditolak meriam tu

Jaga Wad kang melotop













Mr Singh, Tourist Guard kami..dia ni keturunan warrior zaman Maharaja dulu, tgk anting anting dan misai dia



03 OKT 2013 - Habis dah tour kita org…jom balik MUMBAI

Check out pukul 10 am..kami menuju ke air port Japur




Bye..bye JAIPUR…

Takeaway dari lawatan ini adalah sangat memberikan kenangan manis kepada kami semua. Di Delhi kita dapat lihat ibunegara baru India.  Dahulu, ibunegara India ialah Kalkota di West Bengal. Ia seperti pusat pentadbiran di Putrajaya. Di Agra dapat kami melawat Taj Mahal dan mendengar kisah di sebalik pembinaan mercu tanda Cinta Shah Jahan terhadap isterinya Mumtaz Mahal. Kami juga di hidangkan dengan sejarah pembinaan Taj Mahal itu.  Kami juga melawat bengkel pemprosesan batu- batu precious.  Kaedah yang sama juga digunakan pada zaman dahulu semasa pembinaan Taj Mahal. Di Jaipur, kami di hidangkan dengan cerita cerita kehebatan dan kejatuhan pemerintahan Maharaja. Semuanya ni ada kena mengena ngan British dan Syarikat India Timur.  Banyak juga gambar yang diambil sebagai kenangan tak dapat nak upload kerana tak muat.  Ajwad pula diuji endurance nya..nampaknya dia semakin kuat. Altaf dapat sedikit pendedahan, manakala Aqli ikut jer entah dia tau ke idak tak tau lah. Wallhualam.

BONDA75

No comments:

Post a Comment