Friday 13 March 2009

16/12/2003- Peluang Kedua

Pagi itu ayah pergi ke hospital dengan perasaan yang bercampur baur. Semalam pihak IJN memberitahu akan meminta ambulan dari GH Klang untuk mengambil Ajwad semula memandang IJN menganggap kes ini konservatif. Semalaman tidak dapat tidur mengenangkan nasib anak. Bermacam soalan bermain di kepala. Ayah berazam, walaupun jarak masa yang singkat bersama Ajwad ayah mahu setiap detik masa itu ayah dapat memberikan sepenuh kasih sayang kepada beliau. Jika pun tuhan mahu mengambilnya dalam masa terdekat ini, ayah tidak mahu berasa menyesal. Sebaik sahaja sampai di IJN ayah dapat berjumpa dengan Dr Faizah. Dengan tersenyum beliau berkata, selepas subuh mereka telah membuat echo dan meneliti semula keadaan jantung Ajwad. Alhamdulillah, mereka telah menjumpai saluran yang dikatakan tiada itu, Saluran tersebut tersangat halus di antara jantung dan paru-parunya. Pada awalnya saluran tersebut tidak wujud semasa mereka melakukan ujian Cardio Cath. Syukur pada Allah yang maha Esa kerana memberi jalan kepada Ajwad. Namun Dr menyatakan bahawa ini perlu dibincangkan semula dengan semua pakar lain. Ayah begitu gembira dengan kata-kata Dr itu. Ayah tidak sangka masih ada jalan lagi untuk anak ayah meneruskan kehidupannya yang pastinya sangat mencabar. Ayah terus menelefon ibu untuk beritahu tentang perkara ini. Ibu gembira sekali. Ayah pun ke tempat kerja kerana cuti telah tamat.

Tengahari ayah datang semula melawat Ajwad bersama rakan sekerja. Ayah mengambil kesempatan untuk berjumpa Dr Faizah dan Dr. Getha. Dr. Getha merupakan Pakar Perunding Jantung bagi kanak-kanak. Mereka memaklumkan bahawa kadang-kadang prosedur Cardio Cath tidak cukup dan memerlukan prosedur lain untuk mengesahkan dianogsis. Tindakan mereka untuk double check dengan menggunakan prosedur echo telah berjaya mengenalpasti saluran halus di antara jantung dan paru-parunya. Kemungkinan besar mereka akan memasukkan tiub pada saluran yang sempit itu. Walaubagaimanapun, menurut Dr. Getha saluran Ajwad hanya 2.5mm-2.8 mm sedangkan tiub dan yg available yang paling kecil ialah 3.0mm. Perkara ini akan dirujuk kepada pakar bedah. Buat masa ini mereka akan cuba mengeluarkan saluran ventilator dari dalam mulut Ajwad supaya boleh belajar bernafas sendiri. Tengah hari tu ramai rakan sekerja melawat Ajwad.

Petang, dengan menaiki EX5 Honda, ayah bergegas ke IJN untuk melawat Ajwad. Tanpa menghiraukan hujan ketika itu ayah terus menunggang dengan dihati berasa penuh harapan semuga UJN dapat membantu Ajwad dengan izin Allah. Sampai disana ayah terus ke wad CCU, ayah dapati tiub ventilator telah dikeluarkan. IJN sedang mengajar Ajwad bernafas menggunakan hidung. Nampak kesukaran bernafas pada riak wajahnya.

4 comments:

  1. Sherul...

    Sedih aku baca. Syukur sebab ko dgn Ajue tabah. Aku baru jumpa blog ko dari fb.

    Aku doa Ajwad dilindungi Allah swt.

    -Nina Zan ITM Melaka.

    ReplyDelete
  2. Ya Allah, Sherul.. aku baru perasan date ni 6 tahun lepas.

    *speechless*

    ReplyDelete
  3. Oh ok ok aku dah baca 1st entry korang. *phew*

    hehehe

    ReplyDelete
  4. Nina ,

    Aku rakamkan ni dalam ni semuga bila anak aku panjang umur dia akan ingat kan aku dan ibu dia dan doakan kami bila kami tiada didunia ini. Dan untuk adik beradik dia tau sejarah hidup dia. Tq kerana sudi membacanya.

    ReplyDelete