Thursday 11 June 2015

HONEYMOON…HONEYMOON…HAPPY 15TH ANNIVERSARY @ MALDIVES 2015

HONEYMOON…HONEYMOON…HAPPY 15TH ANNIVERSARY




MALDIVES... mu tunggu aku datang !!! (09 MAC – 12 MAC)

2015… tahun ini merupakan tahun kedua kami bermastautin di India…nak kata kami dah pusing satu India ni pun tak jugak dan kami rasa tak payah kut nak pi semua tempat kat sini rasanya tak ada apa yg menarik sangat pun.  Pergi ke tempat2 yg rasa2 ok saja sudahlah…mcm Kashmir ke Simla ke Manali ke.. yg selalu di tayang2 kat tv tu …kat sini je aku belum pegi dan aku mmg teringin nak pegi tapi di sebabkan kawasan2 ni agak ‘panas’ so terpaksa ku tahan kan  jua hatiku ini…
Bagi mengkesampingkan keterkilanan hati…jom! bang kita gi Maldives !!!....wah!  over gituuu! hu…hu…(kita tunggu apa kata juri…tik…tok…tik…tok…)

Yes! Yes! Yes!...bos kata nak belek2 pakej yg sesuai…itu tandanya ada harapan lah tu…he…he…he…

Akhirnya bersamaan bulan Mac ini merupakan bulan ANNIVERSARY KE 15 kita orang dan anak2 pun cuti sekolah seminggu dan kita orang pun tak pernah gi honeymoon…(nak bagi alasan la konon…)…kita orang akan ke Maldives…yahoooo…

Yabada…badooo…!!! Cepat kemas! Cepat kemas!.....


Al Kisah sebelum Approval.

Setelah hasrat dinyata, abe pun recce pakej-pakej yg sesuai.  Sebelum tu kami pun saban malam asik google tempat2 menarik. Pada suatu hari cik abe ada jemputan Dinner dari kawan2 di Tourism Malaysia Mumbai.  Pak Menteri Datuk Nazri pon ada malam tu.  Jadi cik abe pun pegi lah.  Di takdirkan malam tu cik abe berkenalan dengan ramai travel agency yang register dengan Tourism Malaysia.  Salah satunya tu baru jer bawak artis Bollywood Arjun Rampal wat shooting di Melaka.  So si abe pun gorenglah sbb .  sebelum datang ke Mumbai kan Melaka tu memang di bawah jajahannya..mua...ha..ha....  Hasil perkenalan tu cik abe suarakan hasrat pada mereka.  Mereka rasa sgt honored sbb abg request servis dari mereka.

Seterusnya beberapa kali berjumpa, dia orang pun rasa berbesar hati dan  kami ditawarkan pakej yg sgt baik dan terbaeeek sekali siap diskaun di sana sinun. Harga kengkawan la sangat....

Begitulah kisahnya.....


Isnin : 09 Mac 2015 ( Mumbai – Colombo- Male  )

Penerbangan dari Mumbai pukul 3.00 am… memang lebam la mata masing2 tambah2 lagi bagi anak2. Ada yang dah tersengguk2 menunggu time check in. Berjalan pun agaknya dalam igauan…apa nak buat dah time penerbangannya mcm tuh…ikutkan aje ler…


Ajwad tidur dengan botol susu dan Aqli mmg tak leh tahan ngantuk yang teramat



Pukul 5.30 am, kapal terbang transit di Colombo lebih kurang 1.30 jam, Penerbangan ke Male di teruskan pada pukul 7.00 am dan kira2 pukul 7.55 am kami pun sampai ke Male, Ibrahim Nasir International Airport, also known as Malé International Airport, previously known as Hulhulé Airport, is the main international airport in the Maldives. Wikipedia





Bismillah ....Ajwad ngan botol susunya dan Butlernya




Wah !!! Aku dah sampai Maldives…akhirnya…sampai jugak aku kat sini… Owh ! begini rupanya airport Ibrahim nasir ni…kecik aje…aku mmg nak tengok sangat bagaimana rupanya Negara Islam yg bernama Maldives nih. Pekerja2 wanita kat airport ni semuanya bertudung dan mereka juga memberi laluan mudah kepada warga emas dan yg beranak kecil… kami lah antara yang mendapat laluan mudah tuh ! he.. he.. Alhamdulillah tak payah nak beratur panjang2.

Selepas selesai segala prosedur kat airport tu , kami di jemput oleh wakil dari KURUMBA untuk di bawa ke Hotel mereka.  Dia perkenalkan dirinya sbg official ‘butler’ pada kami.  Namanya Muaz... as your services sir.

Mr. Muaz "The Butler"

Call boat suh standby..

Sejurus jer kami keluar dari kawasan airport tuuu… fuh! Masyaallah …cantiknya view…dengan cuaca pun bagus…tersenyum lebar lah kami.



fuh!!!  cantiknye view...



Kami akan di transfer dari airport ke pulau KURUMBA dengan menaiki speedboat. Sekejap saja naik speed boat ni, 15 minit dah sampai.




Kat dalam speed boat

My Sumo Hung

Ini bukan kuih ketayap ehhh...ini towel wat lap muka

Lembaga apa kat belakang tuh !







Sampai saja di jeti , kami di sambut dengan kalungan kulit siput dan ais krim kelapa...sedap woo... dan di bawa ke penginapan kami dengan berjalan kaki sambal berbual2 sambil makan ais krim.  Kami diberi penginapan Presidential Villa dengan pakej harga  4 hari 3 malam yg agak menarik untuk kami 5 beranak. Muaz si Butler menerangkan kesemua perkara wajib di pulau ini dan dia sentiasa akan on call…Apa saja ..as you wish Master....wah ! senang banyak la kami. Alhamdulillah… Rasa cam kat Fantasy Island pulak !  Ehhh Mestiiii..kata Ehsan dalam Upin dan Ipin.


dah sampaiii.....






ais krim kelapak !!! mabeles...

jalan2 menuju ke villa



Registration semuanya di lakukan di dalam Presidential Villa kami. Muaz yang uruskan semua.


bilik tingkat atas



Waktu pun dah tengahari dan kami pun dah diberi penerangan serba sedikit berkenaan aktiviti yang pihak Kurumba sediakan.  Ada aktiviti berbayar… ada juga yang percuma. So pandai2 lah pilih mengikut kemampuan.  Sudah pastinya kami tak akan melepaskan peluang untuk join aktiviti percuma kan…so petang ni punya aktiviti percuma adalah untuk kanak2 bermain beach water treasure hunt dan sandcastle building …happy la anak2 aku nih…dah tak menyabo lagi dah nak sarung baju mandi. Nak2 pulak dalam kawasan rumah penginapan kami pun ada kolam mandi dan depan umah lak laut membiru melambai2.  Memang asyik berbaju mandi jer lah nampaknya. 


Jom kita  tengok apa yang ada dalam Villa ni.

Pintu masuk ke villa

Ruang bawah dah siap letak katil tambahan



Tingkat atas bilik tidur Malik

Private pool



Dapat beg free

Tengahari ni kami makan bekalan sendiri saja.  Lepas makan anak2 dah nak terjun kolam dan aku lak pegi tengok pantai dan laut depan umah. Cuaca tengahari memang panas la.  Kalu rasa tak kisah nak gelapkan kulit silakan mandi di tepi pantai.  Kalau malas berpanas2 pegi masuk mandi kolam dalam umah…sapa pun tak tengok awak.  Mandi la puas2 sesuka hati sebab… ini kolam kita yg punya ! mua..ha..ha..!!!




Mat Rileks

Pantai depan villa
Presidential villa bahagian depan

Santai tepi pantai konon !


Selipar free
Test gigi air..tajam ke idak

Petang ni kami melayan anak2 beraktiviti dan melawat kawasan sekitar dan seterusnya biasala mesti la nak merayau di tepian pantai yang cantik ni kan.

Cam biasa Muaz 'The Butler' sampai on time ngan buggy nya utk bawa kami round dan pergi ke Majaa Kids Club kerana kami x biasa lagi kawasan ni.

Berangkat untuk lawat2 kawasan dan  ke Majaa Kids Club




kat dalam Majaa kids club

Boringnyaaa..sapa pon tak mau main ngan saya....

Treasure hunt

Nasib baik bebudak ni dah teror swimming

Ini lah harta karun yang di cari tuuuu....

Mr. Butler melayan Malik nya..

Buat Sand castle pulak....

Salah satu aktiviti....aktiviti ehhh  ???


Our Precious Moments...
Berlari berkejaran...la..la..la...









Ajar kiwak (monkey + biawak) panjat pokok kelapa

Buaian ni tak de orang punya ka ??? try lah...


Selasa: 10 mac 2015 – Mari beraktiviti !!!


Bangun kul 5.30 am nak solat subuh…bukak je tingkap…alamakkk!!! dah cerah la kat luar…cepat2 solat…adohai…cepatnya siang kat sini.  Esok kena bangun lagi awal lah nampaknya.

Aktiviti pagi ni ialah pertama sekali mesti terjun kolam mandi lepas tu pegi breakfast percuma.  Lepas breakfast kita orang jalan2 sepanjang pantai sambal menikmati keindahan pantai dan laut Maldives ni.


Jalan kaki gi breakfast
hari2 pegi sarap kat sini







posing bollywood sikit !

Tengahari kita orang order makan anto ke villa jer dan anak2 meneruskan aktiviti mandi manda mereka… sekejap kolam  sekejap ke pantai depan umah….! Gasak la korang… aktiviti untuk ibu adalah petang karang…he…he…he…tunggguuuu…



Pad thai dalam lesong 

Petang ni pukul 4.30pm aku tak akan melepaskan aktiviti percuma yang di sediakan oleh pihak KURUMBA… jeng! jeng! jeng! …CANVAS PAINTING CLASS…








Mula2 pegi kelas painting nampak baru sorang jer ahli…bila dah start makin lama makin ramai pulak yg datang. Tapi aku seronok la dengan pengalaman baru dapat la jugak tip2 berguna utk aku melukis nanti tapi tak sempat habiskan painting sebab nak kejar aktiviti kita org yg lain pulak.

Ni la hasil lukisan yang tak sempat siap tuuuu....

Apa aktiviti yang penting sangat tuh???

He…he…aktiviti ni kami dah booking awal. Kena naik boat pukul 5.30pm. Itu yang  mengejar masa tu. SUNSET REEF FISHING ! ha…ini lah dia ! Kalu tak ikut time dia karang tak jumpa ikan nanti.  Muaz 'The Butler' dah standby kat bot yang di charter khas untuk Maliknya. Bagus betul si Muaz nih. Tetamu di Kurumba Island ni boleh memilih samada ingin menaiki bot beramai ramai atau sendirian berhad.  Disebabkan kami ingin menikmati keindahan dan masa masa berharga bersama keluarga kami naik bot khas lah.




Ini budak...kena dok diam2 kat sini !






Ini pun pengalaman baru bagi kita orang selain nak bagi pengalaman pada anak2, mak bapaknya pun merasa jugak…he…he…

Syoknya naik bot…berdebus2 angin kena kat muka. Jauh gak la nak pi mancing nih.  Nak mancing ikan di lautan Hindi la kononnya.




Sampai jer kat kawasan memancing, sauh pun di jatuhkan.  Masing2 di beri gelung tali pancing (fishing reef) dan umpan. Apa tunggu lagi…pegi la cari ikan…ha…ha…


nak jatuhkan sauh...


pasang umpan...




                                                                  hasil tangkapan.....


mengumpan ikan...

Petang ni kita orang memang bertuah la…banyak ikan kita orang dapat ! jeles bot2 sebelah. Puas hati kita orang ari nih…balik dengan senyuman…siap kautim ngan krew boat yg kita org nak makan ikan tuh 2 kali…malam ni ngan esok tengahari…so jimat la untuk malam ni tak payah order makan…



Sepatutnya ikan yg dapat ari ni chef akan masak untuk tengahari jer…tapi di sebabkan banyak sangat ikan yg. kita orang dapat, tu yg chef setuju utk masak 2 kali.  Yeehooo !!!

Sampai jer kat villa, anak2 terus terjun kolam jer !  aku terus masuk dlm umah dan…OMG !!! ape ni ???… rupanya ada surprise untuk aku dan cik abang…

Wah!wah! Memang tak menyangka la kami.  Happy sangat ! dapat kek Anniversary ke-15 dari pihak KURUMBA…memang  la tujuan kami ke Maldives ni untuk celeberate anniversary pun.  Tapi tak sangka la kan...




Lepas tu..aku naik la  ke tingkat atas untuk ke bilikku…sekali ada lagi surprise untuk kami…Hmmm…tengok lah ni…saya suka ! saya suka !  Mabeles2..kipidap !!!



Lepas anak2 selesai mandi, makan malam pun di datangkan  dan di hidangkan dengan istimewanya…( dalam hati terfikir…patut la chef setuju nak masak ikan tu malam nih…rupa2nya…) apa2 pun Alhamdulillah…rezeki anniversary kami lah ni…




hasil tangkapan dah ada dalam pinggan...

Rabu : 11 Mac 2015

Pagi ni aku ngan cik abang ingat nak pegi mandi kat laut depan umah sambil tengok matahari naik…anak2 masih tidor.  Mandi kat pantai pagi2 baru la tak panas.

Air pun jernih…siap bole nampak ikan…sekalik terserempak ngan anak ikan jerung daaa…lariiii !!!! kih…kih…kih… Mencicit cik abe bila dia pi snorkel sengsorang anak jerung nak main main dengan dia.

Pi berenang sorang sorang di tengah laut melepasi terumbu

Ini lah rupanya si baby shark tuh...

Bila selam kepala dalam air..ikan nemo pun ada..byk sangat ikan cantik





Agak2 cahaya matahari macam dah nak terik jer kami pun masuk pulak mandi kat kolam ngan anak2. Lepas mandi kami pun berjalan kaki pegi breakfast percuma.  Kali ni kami try kat café lain pulak.



Tengahari ni ada makan buffet percuma kat tepi pantai. Pihak KURUMBA sediakan untuk semua penginapnya tapi untuk kami ada special sikit sebab kami ada lauk tambahan.  Chef masakkan kami kari Maldives daripada ikan yang kami dapat semalam dan juga ikan stim. Adoiiii…dah tak telarat lagi nak abiskan…dengan dengan makanan buffetnya lagi…fengsan !!!


kari ikan maldives style







Aktiviti yang di tunggu2 petang ni ialah SUNSET DOLPHINE DISCOVERY CRUISE …yaeahhh !!!  masing2 teruja nak pi cari dolphin ni…bukan senang tau ! mata nak kena cekap memandang di tengah2 lautan sana. Lama jugak kami mencari bersama2 krew private boat kami .  Rezki anak anak…risau jugak takut tak capai matlamat. Namun tuah masih menyebelahi kami…muncul jua si dolphine mengacah2.  Apa lagi seperti bermain kejar2 la boat kami ngan si dolphin tuh…laju betul si dolphin ni berenang…nak amik gambo pun tak sempurna. Takut kamera jatuh ke atau orang yang jatuh.

Memang mabeles....


posing2 sambil tunggu boat






 Dah ready nak kejar dolphine ni...

kita takut dia jatuh..dia pulak dok bergalak atas boat laju nih !


kalu tak di pin kain tudung aku ni ke baju...mmg habislah....







Hari semakin gelap, dolphine pun dah tak muncul lagi.  Kami pun balik dengan puas hati.  Dapat juga kami videokan masa bot berkejaran dengan dolphin. Bersimpang siur ikan ikan tersebut di buritan bot laju yang kami naiki menunjuk nunjuk kehebatan mereka.  Tengoklah video dibawah.  Altaf yang jadi pengarahnya.







Malam ni malam terakhir kami di sini.  Kalu nak ikutkan hati memang tak puas lagi sebab banyak lagi aktiviti yang kami belum buat…tapi apakan daya semua perkara ada hadnya…udah2 lah tu.  Moh! kita balik esok ye ! tapi balik pun petang.  Ada la masa lagi bercanda2 di tepian pantai…kih…kih…kih…

Khamis: 12 Mac 2015

Di pagi ini,seperti yang di rancangkan, kami dan anak2 keluar bercanda2 di tepian pantai.  Si ayah mengajak anak2 berenang di sebalik coral sambil melihat ikan berwarna warni. Nasib semua memang terlatih dalam berenang.  Kat sekolah depa mmg ada latihan berenang.  Aku membawa Ajwad berjalan2 dlm air jernih sepanjang2 pantai Kurumba.  Suka dia bermain air.  Jauh jugak kami berjalan.

Snorkel dgn anak teruna. Ajwad tak join.



Ajwad temankan ibu







Sementara nak pegi sarapan kami mandi laut puas2, balik ke villa kami sambung lagi mandi kolam pulak…mandi sampai kecut. Karang tengahari dah nak kena checkout !








Sarapan pagi ni memang puas la sebab dapat makan nasi goreng sedap. Kena dengan tekak org melayu ni. Kalu tak hari2 makanannya ala2 western dengan ala2 india jer.  Memang bertambah2 la nasinya. Lega Ajwad dapat makan nasi goreng hari nih.

Balik dari breakfast kami terus berkemas2 untuk check out.  Di sebabkan kami punya flight pukul 8.00pm dan kami akan keluar dari pulau KURUMBA ni dalam pukul 5.30pm, so kami di tempat bilik penginapan yang lain tanpa bayaran…Alhamdulillah.  Kesemuanya si Muaz yg arrange.  Sementara tu, Altaf dan Aqli pegi ke tempat kanak2 bermain di Majaa Kids Club dan rupa2nya kat situ ada aktiviti mengopek kelapa.  Dapat la dia orang tengok cam mana org kopek kelapa.  Alih2 jer balik ke bilik bawa sorang sebijik kelapa muda yang dah siap berkopek.




Masjid Kurumba



Sebenarnya ada dua kejadian tak dingini berlaku...yang pertama I jatuh tangga cam kartun kedebuk.kedebuk 5 -6  mata tangga sebab terdengar Ajwad main tangga.  Takutkan Ajwad jatuh tangga, aku pun berdesup lari ke bawah, namun tergelincir sbb kaki kering dan lantai kayu pon kering.  Sakit woo,, Yang kedua abang punyer hp Samsung S5 yg kameranya hebat tuh, tetiba black out.  Habis gambar gambar cun I ngan anak anak.  Nasib dia transfer dulu video dolphin tu.  Kalau tak tak merasa tgk memori dalam bentuk video.

Nasib kami guna 3 kamera.  Samsung Galaxy kamera, Samsung S4 dan Samsung S5.  Namun Samsung S5 yang kecundang.  Pengajarannya disini, jangan bawa 1 kamera bila bercuti kerana kita tak tau bila akan ulang semula percutian disini.

Masa untuk meninggalkan Pulau Maldives pun dah sampai.  Boat pun sedang menanti kami di jeti. Alhamdulilah, syukur…segala nya berjalan dengan lancar dan segala kenangan indah kat sini akan sentiasa tersemat di hati…terima kasih pada cik abangku ni…love u bebeh ! love u so much ! forever n ever ! phewwittt !!! melebih2 la pulak ! ha…ha…ada maknaaaa tuuuu…



Last Pic ngan Muaz 'The Butler'


Memang terbaik rasanya.  Hanya di airport Male


Bye2 Kurumba…bye2 Maldives…Mu tunggu ku tak datang dah...ha..ha...ha...

Ni ha... aku belanja gambar lagi.....










2 comments:

  1. En rahman tanya aku berapa ramai berminat tok maiden flight #rayaniair kul-kb 20/12. Nanti dia buatkan pnr group :)

    Blogger / media CUMA bayar rm60 untuk airport tax. Flight return. Harap maklum. N kepada yang berminat, sila PM saya ngan segera. Tqvm :D

    ReplyDelete
  2. En rahman tanya aku berapa ramai berminat tok maiden flight #rayaniair kul-kb 20/12. Nanti dia buatkan pnr group :)

    Blogger / media CUMA bayar rm60 untuk airport tax. Flight return. Harap maklum. N kepada yang berminat, sila PM saya ngan segera. Tqvm :D

    ReplyDelete