Saturday 7 March 2015

# TRIP 3 : Round trip KOCHI –MUNNAR –TEKKADDY- ALAPPEY (Kerala Trip)

# TRIP 3 : Round trip KOCHI –MUNNAR –TEKKADDY- ALAPPEY

Kerala (08/01/14 -12/01/14)

Bagi membuka tirai tahun 2014 dan anak2 pun masih dalam cuti winter break, so ini kali moh kita pi melawat ke negeri kat selatan India ni pulak wokkey ! nak pi mana??? Kita pi KERALA Laaaa…

Lalu kami pun kontek Arshid dari Moghul Travel yang menguruskan Trip 1 kami dahulu. Arshid cam biasa bila dengan husband aku..YES SARRR ajer.  So kami bg tau dia kami nak round Kerala. So abe mintak dia suggest pada kami the best trip dalam masa yg singkat dan harga yg affordable sebab abe kena pi Bangalore kerana ada tugasan sebaik sahaja abih Trip Kerala ni. 


Sedikit intro berkaitan Kerala:


Kerala (/ˈkɛrələ/), often referred to as Keralam,[4] is a state in the south-west region of India on the Malabar coast. It was formed on 1 November 1956 as per the States Reorganisation Act by combining various Malayalam-speaking regions. Spread over 38,863 km2 (15,005 sq mi) it is bordered by Karnataka to the north and north east, Tamil Nadu to the east and south, and the Lakshadweep Sea to the west. With 33,387,677 inhabitants as per the 2011 census, Kerala is the thirteenth largest state by population and is divided into 14 districts with the state capital being Thiruvananthapuram. Malayalam is the most widely spoken and official language of the state. (Wikipedia)


 
Bila orang dok cerita2 pasai Kerala depa mesti akan cerita pasai houseboat… hmm…cuti 5 hari tak kan nak dok dalam houseboat tu ja kan? boring la..so kami pun decide nak ronda keliling la baru puas…so…ikutilah  ikutilah pengembaraan kami he…he…macam la hebat sangat! Puiii… apa2 pun jom layannnn…..

Kapai terbang dari mumbai ke Kochi mengambil masa dalam 2 jam 30 minit. Sampai jer kat airport Kochi, driver kami yang bernama Prasad bersama mpv chevrolletnya  sudah menunggu kami dengan setia…erkkk !!! chevrollet jer..mana innova ? biasanya kalu travel jauh2 kat india ni depa pakai innova…hmm…bantai jer lah janji masih muat untuk kami 5 beranak. Waktu pun dah  dekat tengahari so kami ajak driver cari restoran makanan halal la untuk  isi perut.  Kami akan menuju ke Munnar selepas ini. Jauh jugak tempat yang nak pi ni so kena lah makan lebih sikit…karang susah pulak nak cari kedai makan bila dah masuk trek lereng2 bukit nanti…

                             
Gambar depan airport Kochi

Kedai makan halal sebaik sahaja keluar simpang airport di sebelah kanan

Masa kat kedai makan ni aku tengok ada beberapa org lelaki kat meja sebelah makan mcm nasi…memang nasi kut tapi saiz butir nasi tu besar2 sangat..mmm..lebih kurang sebesar biji kacang tanah tu..dalam hati agaknya ni la nasi beras kerala kut…hmm… menarik2 nak try lah nanti.

Ini Chai tak bole tahan punyer sedap...saya mesti pilih...

Wokkey…dah siap semua ? jom kita gerak…jangan lupa baca doa naik kenderaan tau anak2…

Perjalanan ke Munnar pun bermula…sungguh mencabar jalan2 yang kami kena lalui ini. Kena lalu kampung orang, jalannya sempit , jalan bengkang bengkok ,mendaki lereng2 bukit dengan selisih yg sipi2 jer…hmm…sungguh menyeramkan tapi cuacanya dingin jer…tak yah pasang econd. Tapi yang tak syoknya ada sorang budak ni dia tak tahan dengan laluan jalan yang cam gini rupanya…haiiii…Aqli! Aqli …asik suruh driver stop kan kete jer sebab dia nak muntah…ntah berapa kali stop dah sementara nak sampai…dah ler lalu hutan…beruk pun lari tengok dia muntah…hmmm



Tangkap lentok


Tapi yang hebatnya tuh si Ajwad laaa…budak yg ada masalah jantung tapi lansung tak buat hal bila pi travel mana2…syukur Alhamdulillah !!! kuat sungguh badan dia..


Dalam perjalanan kami terjumpa air terjun di tepi gaung. lalu kami membuat photoshoot kat situ. 




4 jam berlalu akhirnya sampai jugak kami kat Munnar nih ! legaaa…
Sampai pun dah gelap lebih kurang pukul 7.30 pm…terus kami pi check in kat hotel THE SILVER TIPS. Ada Sejarahnya nya hotel ni.  Zaman dulu ia adalah panggung wayang lama. 




Nak tau lebih lanjut click disini http://www.silvertipsmunnar.com/ 


Krew pemgambaran dan Pengarah cerita popular Life of Pi pernah tinggal disini untuk pengambaran movie tersebut.

Isi borang untuk check in


Lepas dah masuk bilik nanti nak keluar pi keluar cari makan malam pulak dekat kedai2 makan yang berdekatan…janji halal !


Warung di tepi jalan kira kira 100 meter dr hotel

Sejuknyer Munnar nih…bole pulak tak bawa baju sejuk tuh…suhu masa ni dalam 12º celcius ada la kut…berasap2 mulut. Sampai kerusi nak duduk pun semuanya basah.  Kenalah org kedai makan tu lap dulu untuk kami duduk.  Nak makan berat dah malam.  jadi kami mencari roti canai kerana di Mumbai tak jumpa roti canai.  Cuba tengok macha tu uli.  Lasat

Warung di Munnar
Uli macha jangan tak uli ..cer tengok tepung kat tangan dia
Gigil jugaklah sebab sejuk sangat
Lepas makan, balik bilik dan rehat ! ahhh…sedapnya baringgggg…seharian kut kat dalam kete. Anak2 pegi tido ! esok banyak lagi aktiviti kita ni tau !tido…tido…zzzz

Bergambar dengan Vijay sebelum tidur. ..nampak tak gambar kat belakang tu


MUNNAR – 09/01/2014

Good morning Munnar!!!…good morning sume !!! wahhhh…indahnya suasana kat sini.  Barulah aku nampak alam semesta kat sini maklum lah semalam sampai sini dah gelap. Udaranya nyaman, dingin…cuaca bagus…tetiba terasa sihat jer badan nih…he…he…he…

Dari balcony bilik bole tengok rumah2 pekerja ladang teh dan beberapa buah kedai kecik yang menjual serba sedikit keperluan harian para pekerja ladang teh ini.  Malam tidur tak perlu air cond sebab dah sejuk sangat.  kipas pun tak perlu.  

Kabus di pagi hari




                             
Anak2 semua…jom! kita pi sarap…kita tengok apa sarapan yang menarik kat hotel nih…
    
                                

Jom sarapan
Laparnya,,asik asik dia..asal lapar jer dia..
Minnu Vada...terbaeekkkk

Selepas breakfast ni kita orang punya aktiviti ialah… membuat lawatan lah…apa lagi!
Jom! Jom! gerak cepat…jangan malas2…driver dah tunggu tuh !

Mengikut jadual, sepanjang hari ni kami akan melawat beberapa tempat menarik di kawasan tanah tinggi Munnar ni. So, jom layannnn !!!

Antara tempat2 yang kami pi melawat hari ni…

Tea Museum

Kat sini kita orang pi join group tourist dari mana tah yg bedekatan ngan kita org untuk dengar cerita pasal tea plantation kat sini.  Kita org tengok macam mana tea di proses kat kilang, macam mana tea di gred2 kan mengikut kualiti dan juga bagaimana mana cara yang terbaik untuk menyediakan tea. Penerangan yang sangat jelas.  Di sini barulah kami tahu kenapa teh itu di namakan teh ijau dan teh yang biasa kita minum tu.  Kebun teh ini di punyai oleh Syarikat TATA TEA PLANTATION  merupakan antara syarikat giant di India.
               
                 









 Uihhh! Mak aii…cantiknya tempat niii…sepanjang2 perjalanan hanya nampak kebun tea yang seolah2 tiada penghujungnya…indah dan nyaman, sejuk mata memandang…
Kagum betul aku ngan ciptaan tuhan ni. Aku rasa kawasan kebun teh Munnar ni berkali2 ganda luasnya dari ladang teh kat Cameron Highland tuh ! errrkk !!! memang laaa…dah tentunya Malaysia pun hanya sebesar Mumbai jer kat India nih…apa la hang ni…he…he…





Eravikulam National Park 

Ha…nak masuk tempat ni kena beli tiket dulu pastu kena beratoq panjang untuk tunggu bus sebab nak ke tempat ni kena naik bus.. tapi di sebabkan kami ni pemegang passport diplomatic, kami pun di beri keistimewaan la… tak yah beratoq panjang dok depan sekali. Rupanya tempat ni punya la tinggi dah tu lalu ikut lereng2 kebun tea yang sempit lagi menyeramkan…apa taknya…kalu kita toleh kat sebelah mmg nampak gaung jer lah…masyallah ! meliang liok pulak tuh jalannya…tapi anak2 bukan main suka lagi tuh ! gasak korang lah…
Tapi view sepanjang2 pendakian ni memang cantiklah…sampai kita bole lupa sekejap pasal perjalanan yang dasyat tuh…makin tinggi makin cantik dan nyaman.  Sepatutnya kat tempat National Park ni kita orang nak tengok mountain goat… tapi agaknya ramai sangat pengunjung kut so takut dia nak keluar bersiar2…he…he… aku agak jer !

                      

Ni lah Prasad..cita cita nak jadi polis

Dalam bas bersama Cik Kiah naik bukit..sorang jer cerah dalam nih
Amboi curamnya...








Turun jer dari lawatan ke National Park tadi kami terus ke sini pulak…



Mattupetty Dam

Tempat ni tak de apa2 sangat…dam jer la…di sebabkan mereka letak pagar keselamatan tinggi sangat so tak dapat la nak menikmati keindahan air kat dam tuh..so sekejap je lah kita org singgah sini.
            


Kundaly Lake

Tasik ni cantik dan ada beberapa aktiviti yang bole di buat kat sini seperti  canoeing , speed boat ,paddle boat dll. dan kat tepi2 tasik ada gerai2 jualan pakaian, perhiasan dan makanan. Anakku si Altaf tu nak beli topi Maher Zain katanya…so beli lah…50 rupee jerr…nak berangan mcm Maher Zain la pulakkk…






             

Echo Point

Echo point ni adalah tempat2 perhentian untuk melihat view2 menarik di sekitar Munnar ni.  Pada aku view kat sini sume menarik cumanya ada tempat kita bole stop untuk tengok ada tempat kita tak dapat nak stop!  Tu jer…

Floriculture Centre




Seterus nya kita orang nak pi tengok beberapa waterfall kat sini tapi malangnya waterfall pun tak berapa nak ada airnya sebab time kami melawat ni bukan musim hujan…hmmm…apa nak buat…buat di gelak dek orang jer kalu aku letak gambo waterfall yang air dia mcm kencing budak kan ?…hu…hu…lupakan saja! Tengok view kebun teh lagi bagus!

Kalaripayat

Sebelum menamatkan sesi lawatan kami di munnar ni, sempat lagi kami pergi tengok live show kalaripayat …bagi kami show ni memang menarik tapi tiket kena beli dulu lah !  Sebab apa nak tengok..ia adalah kerana Prasad driver kami belajar Kalari payat dan budak budak ni pon dah biasa dengan Martial Art.  Altaf belajar silat, Aqli pula Taek Kwon Do..jadi nak bg exposure tentang jenis senibela diri dari India pula. 

                               





Dapat tengok show martial art india yang tak pernah kami tengok secara live sebelum ni mmg mengkagumkan. Kami balik ke hotel dengan penuh kepuasan.

Tamat sudah lawatan kami hari ini. Esok pagi kita orang akan menjelajah tempat lain pulak.  Selamat malam…zzzzz

Thekkady – 10/01/2014

Perjalanan kami menuju ke Thekkady juga mengambil masa lebih kurang 4 jam.  Bergerak dari Munnar di awal pagi melalui cerunan dan lerengan kebunan teh yang saujana mata memandang amat mengujakan.  Sepanjang perjalanan ni sempat lagi kami berhenti untuk posing buat terakhir kalinya di kebunan teh ni…hmmm rindu ngan suasana ni nanti.

                       

Sempitnya jalan..hingga lori bergesel dengan bukit








Sebelum sampai ke tempat penginapan kami untuk malam ni, kami singgah ke taman rempah ratus ayuverdic . Di sini kami di bawa melihat pohon2 rempah ratus seperti pokok kulit kayu manis, pokok lada hitam, pokok bunga lawang, pohon ketumbar dan berbagai2 jenis lagi.  Satu pembelajaran yang bagus utk anak2 dan utk aku juga. Selalu dok masak guna rempah ratus tapi tak pernah tau pun pokok dia macam mana…he…he…

                        



Kami juga singgah melihat kawasan2 lain dan sempat lagi kami pegi naik gajah lagi sekali. Sebelum ni kan kami dah pernah naik masa pergi ke Jaipur kan…

Tapi kali ini kami naik gajah sampai 5 org sekali atas gajah tuh…sian gajah ! sampai nak berjalan pun mcm kena paksa jer… mesti dalam hatinya cakap “ siapa yang gajah nih ? berat nak mampuih ! “ ha…ha…



Akhirnya kami pun sampai ke tempat penginapan kami untuk 1 malam. Hotel SPICE GROVE namanya…hotelnya kecik aje tapi ok la untuk berehat 1 malam…tak de apa nak di komplen pun.  Esok pagi lepas breakfast kami dah kena gerak ke Allapey.


Ini link hotel tersebut http://www.spicegrove.in/ 

Allapey @ Allapuza – 11/01/2014 (Tidur dalam Bot)

Ini lah tempatnya yang di perkatakan sangat tuh bila bercakap pasal Kerala…houseboat ! yeahhh…akhirnya kami sampai juga ke tempat nih setelah menempuh perjalanan selama 4 jam dari Tekkady tadi. Houseboat…satu pengalaman baru buat kami sekeluarga.

Dari kejauhan kami sudah nampak berjenis2 houseboat di permukaan tasik menandakan kami sudah hampir ke tempat yg ingin di tuju. Turun jer dari kereta kami terus di bawa ke houseboat yang telah di tempah awal iaitu houseboat 2 bilik untuk kami sekeluarga.  Setiap house boat akan di sediakan seorang kapten, sorang tukang masak dan sorang pembantu boat dan semuanya lelaki. Kami akan tido, makan dan mandi kat atas boat ni lah hingga esok pagi…terujanya!!!




Kami sampai dah tengahari so selepas di perkenalkan dengan semua krew2 boat kami tu, kami terus di bawa belayar… hah! Belayar ??? he..he.. bukan belayar lah…ini bukan kapal layar…hu…hu… challo ! challo !

DI sambut dengan air kelapa muda
Krew



Dalam perjalanan merentasi tasik, si tukang masak dah start masak tengahari untuk kami. Wah! Sukenye…apa lah makanan yang bakal di hidangkan kepada kami nanti…tak sabar nak makan nih !
Masa makan tengahari pun tiba…taraaa!!! Boat kami di hentikan sementara di tepian bagi acara makan tengahari nih.  Jom santap !!!


Nasi dari beras Kerala..ni lah yg nak try sangat tu
Lepas makan, boat pun bergerak semula ke tengah tasik. Pemandangan2 menarik di hidangkan kepada kami sepanjang perjalanan ini. Luas jugak tasik nih !


Kami juga di beritahu ada service urut ayuverda di satu tempat dalam perjalanan kami ini dan kalau nak cuba dia akan singgahkan kami…hmmm…urut Ayuverda… di Kerala pulak tuh…mesti la kena cuba kan! Bole lah …so kapten pun singgahkan kami kat tempat yang di maksudkan.

Nak ke Ayurveda
Bila dah selesai kami pun naik semula ke boat kami dan aku dan suami senyum2 sesama sendiri…ha…ha… ada cerita menarik di tempat tuh…tak yah lah aku cerita kat sini…nak tahu datang sendirilah nanti ye !


Sambil pi Ayurverda..Pilot ajar anak anak memancing





Kami juga di beritahu bahawa pihak boat hanya akan menjamu kami dengan hidangan ayam dan ikan sahaja sebagai menu non veg dan jika kami nak makan lauk pauk yang lain kami bole beli dan chef boat akan masakkan.  Aku dan husband decide nak makan udang la malam nih so kapten pun bawa kami berdua pi beli udang kat kedai di tepian tasik nih.


Pi market sat

Hari pun dah gelap…boat pun akan berlaboh bagi meyediakan makan malam untuk kami.
Apalah menu yang chef ni masakkan untuk kami malam nih…terutamanya udang yang kami beli tadi tuh..  Jeng ! jeng ! jeng !
Ni kat lobi boat..
Sedap betul makan udang ni

Burrp…alhamdulilah kenyang ! macam2 ada menu malam nih. Ada nasi goreng, ada paratha, ayam, udang dll.

Malam2 boat tak bergerak…parking tepi ja…kami hanya tengok vcd jer.  Suasana kat tasik memang gelap gulita…tak de apa nak di tengok …hanya Nampak boat2 lain jer yg sama2 parking tepi. Tak dak apa nak di buat lagi…pegi tido lagi bagus ! bye…selamat malam !

12/01/2014 – Hari terakhir di Kerala

Hari ni hari terakhir kami menjelajah Kerala. Pagi2 lagi chef dah buat kan kami sandwich tosei untuk breakfast. Nampak cam menarik jer sandwich nih dengan hiasan bagai…rupa2nya sandwich tu sandwich buah…ha…ha…seumur hidup tak pernah aku makan s/wich buah-buahan nih. Aku bole la try tapi anak2 pakat tak makan la jawabnya.

Breakfast sandwich pisang..adoi penin sbb x pernah makan

Untuk terakhir kalinya kapten bawa kami round2 tasik sebelum kami kena check out dari house boat sebelum tengahari ni. Sambil2 tu kami pun dah siap packing barang2 kami…
                             

Abe pakai lungi



Pilot






Masa kami meronda ngan houseboat pun dah tamat…moh le kita balik ye !
Terima kasih buat semua krew2 houseboat…semoga berjumpa lagi…

Bergerak lah kami menuju ke air port kochi. Tamat lah sudah percutian kami kali ini.  Satu percutian yang tidak dapat di lupakan.  Terima kasih kepada cik abe yang sudi melayan kerenah isteri dan anak2 walaupun ada tugasan besar yang sedang menantinya bila sampai di Mumbai nanti.


On da way ke airport teringin nak minum air tebu..manis teramat

Abe dan Prasad

Airport Kochi ada sofa untuk menunggu

Belanja gambar lagi:





Selamat tinggal Kerala…

BONDA75

5 comments:

  1. Salam kak ..boleh tak akak bagi number driver tu..dan boathouse yg mana bettee

    ReplyDelete
  2. hai aka..

    Can i get the travel agency contact no?
    email to nithiya_26don@yahoo.com

    ReplyDelete
  3. Hy kak...ada tak num teksi and agency yg kak boleh suggest?

    ReplyDelete
  4. Boleh kak emailkan sitifairos1310@gmail.com
    Tq

    ReplyDelete
  5. Hi sis,Boleh bg no contact driver di Kerala tu..

    ReplyDelete