Trip 1 : DELHI – AGRA – JAIPUR ( 30 sept – 03 okt 2013)
Bak kata pepatah..” hujan emas di Negara orang..hujan batu
di negara sendiri…”..so jom lah kita pi ronda2 negara orang nih dah alang2 kita
duduk sini kan..bang ? bole lah kita tengok india ni berhujan kan emas ke
tidak…kalu ada emas bole lah di bawa belayar…he..he..
Minggu depan dah cuti sekolah…ada la dalam seminggu
cutinya. Sebab anak2 sekolah
international kat sini..so depa panggil cuti “ autumn break”..kalau sekolah kat
Malaysia tak ada ler cuti2 ikut musim nih..kiranya ini pengalaman baru la buat
kami sekeluarga kat negara orang nih..so hadap dan nikmati jer lah apa yang di
depan mata nih kan…
Plan Percutian 4 hari 3 malam pun dah siap…yahoo…esok kita
pi bercuti..ini percutian pertama kami semenjak berhijrah ke Mumbai, India..so kita
keluar dari Mumbai yang menyesakkan ini…fuh!!!
|
Di Chhatrapati Shivaji Domestic Airport menunggu kapalterbang |
|
|
Beratur naik kapalterbang INDIGO cam AirAsia. Ajwad excited |
Flight dari Mumbai (Bombay) ke Delhi pukul 12.45 tgh…kami naik domestic flight INDIGO..dalam
pukul 2.15 pm dah sampai dah DELHI…kejap jer.
Sampai jer semua dah di aturkan .
Bagi yang first time travel kat Negara orang dengan bawa anak2 yang masih kecik nih , kami pilih utk
pakai travel agent lah buat masa nih so perjalanan pun lancer jer lah…keluar je
airport dah ada INNOVA menunggu sebagai kenaikan kami sepanjang trip nih
nanti…Driver kami ni namanya MR.KHAN…
DELHI ( 30 SEPT 2013)
Kat delhi kami tak plan untuk bermalam. Lepas makan kat restoran TAMIL NADU HOUSE kami pun di bawa melihat2 sekitar delhi
sebelum meneruskan perjalanan kami ke AGRA nanti…
|
kami disambut oleh agen ngan kalungan bunga (taik ayam). Tanda selamat datang |
.
Kat bawah ni ada la beberapa keping gambar yang kami ambil
sekitar DELHI.
- Gate of india
- President house
- Dll
|
Chai power di Tamil Nadu House New Delhi |
|
Tarik jangan tak tarik | | |
|
|
Bila lapar pekena nasi beriani sini... mak!!! sedapnya | |
|
|
Belakang tu rumah Presiden dan Pejabatnya...Polis tu tak bagi masuk |
|
|
Pejabat Kerajaan cam Putrajaya kita |
|
Satu jam ronda2 DELHI, dalam pukul 4pm kami dah kena bertolak ke AGRA sebab
ianya memakan masa selama lebih kurang 4 jam untuk sampai ke sana…amboi lamanya
nak kena dok dlm innova nih…nasib la selesa untuk kami anak beranak. Anak2 pakat tido la…bangun jer…masih tak
sampai lagi…tido lagi..gini la india…tempat2 menarik untuk di lawati semuanya
jauh2.
Kami sampai ke agra ni dah malam….lebih kurang pukul 8 pm.
Kami check in kat hotel Radisson ..hmm..hotelnya pun bagus…suke makkk!
Jom anak2 kita rehat2kan badan kita nih..esok lepas subuh dah nak keluar…???
Kemana ???
|
Ajwad kepenatan |
|
Hotel Radisson Blue di Agra mmg best |
Haaaa….apa yang ada kat AGRA nih??..apa yang menariknya??
Apasal pepagi buta lagi dah nak keluar..???
Ni lah dia tempatnya yang nak mai sangat tengok tuh…dok
dengaq cerita ja selama
nih...jeng..jeng..jeng…taraaa…TAJ MAHAL…salah satu dari pada 7 wonders of the
world.
|
Hebatkan..! |
|
Shot yg menarik |
Tak jauh dah dari hotel Radisson tuh..sampai je kami kena
beli tiket dulu..pastu kena naik kereta kuda pulak sampai ke pintu masuk
kawasan TAJ MAHAL tuh..nak masuk pulak kena scan segala benda yang kita nak
bawa masuk. Sebab tu la nak kena mai
pepagi buta..orang pun belum ramai lagi time nih..panas matahari pun sesedap
rasa jer..so..bermula lah kisah SHAH JAHAN & MUMTAZ MAHAL di ceritakan kepada kami oleh tour guide….owhh…gitu
kisahnya. Kalau dilihat dengan teliti 4 menara Taj Mahal sebenarnya condong ke luar. Ini adalah kerana, jurutera ketika itu memikirkan cara bagaimana untuk mengelakkan menara tersebut dari merosakkan binaan utama Taj Mahal tersebut sekiranya berlaku gempa bumi atau bencana dengan harapan ia akan tumbang keluar dan tidak mengenai bangunan utama,
Ini lah beberapa pic kami kat TAJ MAHAL nih..
|
Kenapa tutup mata tu |
|
Lepas dah puas dah sesi posing2 kat TAJ MAHAL ni…kita org
pun balik semula ke hotel untuk breakfast.
|
Salam dengan Manager |
|
Puas sarapan |
Kira2 dalam pukul 11 am kami dah check out dari hotel
Radisson untuk ke tempat seterusnya…
Sebelum meneruskan perjalanan ke tempat seterusnya, kami di
bawa melawat ke kawasan Agra Fort dan
kawasan2 sekitar. Selepas itu kita orang
di bawa ke Marble House..kut ada yang berkenan di hati bole la beli apa yang
patut..
Diceritakan mereka yang kerja melarik batu semi precious tersebut merupakan keturunan mereka yang membuat Taj Mahal. Bila di tanya, mereka sebenarnya mewarisi seni tersebut secara turun temurun. Kerja melarik tersebut sangatlah rumit dan memerlukan penelitian dan hanya yang mahir sahaja akan mengeluarkan produk yang berkualiti. Batu batu tersebut lah yang di lekatkan di dinding Taj Mahal.
|
Seni halus... |
|
Beli untuk kenangan |
Waktu pun dah pukul 2 pm…isi perut dulu lah sebelum travel
lagi…jauh lagi nih..4 jam lagi wey..nak sampai. Siap makan dan solat ..kami
teruskan perjalanan JAIPUR
|
Mereka yg kelaparan |
|
Biryani Kambin Agra |
Nasib la jalannya lurus dan lancer aje… anak2 biasalah tido
lagi lah kejenye..pak dia pun sama jugak…
Kami sampai ke JAIPUR kira2 pukul 7 pm. Check in kat Fortune Hotel lepas tu keluar pi cari makan malam kat
restoran2 berdekatan dengan hotel…jalan kaki jer dah sampai. Lepas makan balik
ke hotel terus tido sbb esok pagi ada
aktiviti lagi yang sedang menunggu… rehat..rehat…rehat..
JAIPUR (02 OKT 2013)
Plannya hari ni nak pi naik gajah..he..he..sebab tak besa
naik so nak try la hari nih…lepas je breakfast kat hotel kami terus menuju ke tempat tu. Tempat tu namanya AMBER PALACE tempat bersejarah di Jaipur ni dan kami perlu
menaiki gajah untuk ke situ. Nak naik gajah kena beli tiket dulu
tau…seekor gajah tiketnya RS 900..bole
la naik 2-3 0rg seekor gajah. Kami 5 orang amik 2 ekor gajah lah..
|
Gajah gajah berkumpul menunggu pelanggan |
|
Istana di atas Bukit |
Waduh…tergelek2 kami kat atas gajah tuh..seronok pun ada
seram pun ada..kalu gajah tua lembab lah sikit jalannya kalu yang muda mencecet
cecet dia memotong sambil mendaki bukit ke AMBER PALACE.
|
Lentik belakang gajah |
|
Baja asli bertaburan..yg ni x best |
Sepanjang pendakian kita bole la tengok view2 yang menarik
di sekitar kaki bukit dan juga kerenah2 photografer tak bertauliah berlari2 nak
amik gambar kita sepanjang pendakian bersama gajah tuh. Pandai2 lah kautim
nanti ye kalu nak gambar yang dia orang amik tuh.
Nak masuk melawat ke AMBER PALACE tu pun kena beli tiket
tau…tapi tak mahal lah..ok jer..
Lepas buat lawatan dan bergambar kami terus turun dari situ
dan tour guide bawa kami ke kilang proses batu permata dan kedai kain saree…di
sebabkan aku ni jenis tak pandai sangat
bershopping2 nih so tak de lah giler sangat membeli 2…ala2 kadar jer.
|
kalau tak diproses batu ni tak de makna apa apa pun |
|
inilah hasilnya bila dah siap proses |
|
apa yang di cari tu aqli.... |
Lepas tu kita org pi melawat istana lain pulak…nama pun
JAIPUR.. keje melawat istana lama je lah..tapi menariklah pengalaman nih…siapa
pernah tengok cerita JHODA AKHBAR ?..haa ..kat istana2 sini la depa berlakon.
|
Kenderaan Maharaja |
|
Kenapa ditolak meriam tu |
|
Jaga Wad kang melotop |
|
Mr Singh, Tourist Guard kami..dia ni keturunan warrior zaman Maharaja dulu, tgk anting anting dan misai dia |
03 OKT 2013 - Habis dah tour kita org…jom balik
MUMBAI
Check out pukul 10 am..kami menuju ke air port Japur
Bye..bye JAIPUR…
Takeaway dari lawatan ini adalah sangat memberikan kenangan manis kepada kami semua. Di Delhi kita dapat lihat ibunegara baru India. Dahulu, ibunegara India ialah Kalkota di West Bengal. Ia seperti pusat pentadbiran di Putrajaya. Di Agra dapat kami melawat Taj Mahal dan mendengar kisah di sebalik pembinaan mercu tanda Cinta Shah Jahan terhadap isterinya Mumtaz Mahal. Kami juga di hidangkan dengan sejarah pembinaan Taj Mahal itu. Kami juga melawat bengkel pemprosesan batu- batu precious. Kaedah yang sama juga digunakan pada zaman dahulu semasa pembinaan Taj Mahal. Di Jaipur, kami di hidangkan dengan cerita cerita kehebatan dan kejatuhan pemerintahan Maharaja. Semuanya ni ada kena mengena ngan British dan Syarikat India Timur. Banyak juga gambar yang diambil sebagai kenangan tak dapat nak upload kerana tak muat. Ajwad pula diuji endurance nya..nampaknya dia semakin kuat. Altaf dapat sedikit pendedahan, manakala Aqli ikut jer entah dia tau ke idak tak tau lah. Wallhualam.
BONDA75
No comments:
Post a Comment