Wednesday 18 May 2011

IJN - 17/5/2011 selepas 6 bulan major operation

Assalamualaikum..

Selepas dimaklumkan bahawa Ajwad perlu menjalani pembedahan penambahbaikan..perasaan menjadi takut dan bercampur baur.

Pada 17/5/2011, Ajwad, ayah dan ibu ke IJN untuk berjuang sekali lagi agar Allah dapat memberikan sedikit ihsan untuk Ajwad berada didunia bersama keluarga tersayang.

Pre-registration, bilik di dalam wad yg selalu ajwad tinggal telah penuh dengan pesakit dari luar negara. Maka ayah request bilik lain..nurse bg tau..'kena tambah wang lah encik..ikut kelayakan encik tak layak ' 'Tak pe' ayah bg tau..'brp yg saya kena tambah' Jawab nurse tu encik kena pergi ke bahagiam admission di tingkat bawah dan berbincang dengan pegawai tersebut'. Ayah malas nak layan, ayah terus ke admission dan berbincang..ayah terus tanya..'kredit kad boleh'..'Boleh encik'. tak fikir panjang ayah pun swap. Dapat bilik Exec Dulexe tempat cam Datuk-Datuk dan org besar duduk. Ayah sebenarnya x kisah sgt duit..bukan kata ada duit tapi ayah tak suka wad lain sbb mrk tak biasa jaga Ajwad..Ajwad kanak istemewa..jadi wad Tanjung dah biasa dgn nya. Sampai wad tanjung Nurse sudah menjerit nama Ajwad dari jauh..'Ajwad lama x jumpe kakak' Layanan mesra cam ni susah nak dapat kat wad biasa. Untuk makluman wad tanjung kira premium wad.

Malam Dr Vu dari Vietnam memberikan penerangan tentang prosidur yg akan dilakukan. Beliau menerangkan tentang pro dan kontra prosdur tersebut serta mengapa ia perlu dilakukan. Menurutnya, prosidur ni akan diketuai Dr Mazeni..Ketua Pakar Kardio Kanak-kanak. Menurut Dr Vu, Dr Maseni adalah terbaik di Asia.

Pembedahan dinamakan Invasive Cardio, bermula pada pukul 12 tgh hari. Ajwad mula puasa pada pukul 4 pagi. Kerana sudah agak besar dan sudah mengenali erti takut, agak sukar untuk mengawal Ajwad..Ayah menemani Ajwad sehinggke dalam ops theater. Ayah sendiri yg angkat Ajwad letak di atas katil dalm bilik tersebut sambil melihat beliau dibius penuh..Mata terbuka tapi beliau sebenarnya telah hanyut di alam mimpi..tak tau apa akan berlaku pada dirinya..atau masihkah ada esok untuk dia.

Pukul 3 petang ayah dipanggil masuk untuk bersama beliau di dalam dewan bedah. Tujuannya adalah untuk mengejutkan beliau dari tidur akibat bius am. Mengapa perlu dikejutkan..takut Ajwad tak jaga langsung..atau koma..sbb itu ibubapa kena bekerjasama dengan doktor...

Ajwad telah membuka mata sedikit menandakan beliau ok..namun nadi di kaki kanannya agak lemah. Kedua tangan beliau lebab akibat line yg dibuat tidak dapat digunakan kerana blok dan menyebabkan tgnnya bengkak.

Apapun setakat ini kondisinya stabil.

Pukul 10 malam...Doktor cuba untuk buat line baru. Ubat tidur diberikan. Namun knowing Ajwad dos biasa dia mmg boleh tahan punyer. Ajwad sukar untuk makan ubat kerana beliau akan muntahkan semua apa yg dimakan termasuk ubat..itulah cabarannya..Bila muntah..a few akan masuk ke paru-paru itu yg kita x mahu. Sebentar tadi dia muntah..habis baju...

Doktor akan tambah dos lagi..misi malam ini ialah buat line dan cuba msukkan ubat melalui line secepat mungkin........