Thursday 2 April 2015

Menghadiri Majlis Penyampaian Award untuk Pelajar Autism Sekolah Ajwad

2 April 2015 - Menghadiri Majlis Penyampaian Award untuk Pelajar Autism Sekolah Ajwad

Hari ini Mumbai cuti kerana hari Mahavir Jayanti.  Kebetulan ada jemputan dari sekolah Ahmad Ajwad. Lalu ayah dan ibu bersiap untuk melihat dan merasai suasana tersebut.  Maklumlah ini adalah penggalaman..kalau tak pergi tak tau.

Pagi pagi..Satish Superstar dah ready.  Sarr I'm here...wokeh ..I come down now.  Boss..Nehru Science Centre is very near Boss.  Wokeh we go..

Jalan agak jam .. agak luar biasa kerana kebiasaannya kalau cuti umum tak ramai orang di jalan raya.  Tapi hari ni ramai makcik makcik Benab berpakaian sari bagai berjalan secara berjemaah menyusuri jalan di sekitar Worli ni.

Sampai di Nehru Science Centre, tiada signboard menunjukkan majlis tersebut diadakan. Boss..lemme ask the guard..pegilah Satish.  Seketika kemudian Satish kembali ke kereta..Boss this way ...wokeh..

Fuh..nasib baik kami naik kereta..kira-kira 100 mtr ke dalam barulah kami jumpa auditorium di mana majlis diadakan.  Macamana ibu bapa yang ada anak istimewa berjalan ke dalam membawa anak mereka..

Sesampai di sana kami terus ke dewan.  Majlis baru sahaja bermula.  Kelihatan guru-guru membuat persembahan di selang seli dengan penyampaian hadiah untuk murid murid.  

Tempat duduk kami di atas kerana kami masuk lewat. Maka kami dapat melihat rata rata telatah anak anak ini bersama ibu bapa masing masing.  Ada yang tiba tiba berdiri dan menari. Ada yang menjerit kegembiraaan. Ada yang asik nak ke toilet.  Tidak ketinggalan Ajwad pun begitu juga.  Bediri sambil menari.  Cara dia la.

Tersentuh hati bila melihat anak anak yang lebih kurang keupayaannya dari Ajwad.  Kami rasa bersyukur ke hadrat Ilahi.  Terasa di dalam dewan itu penuh dengan kasih sayang.  Raut wajah ibu bapa yang tabah, tegar dan pasrah dengan kerenah dan telatah anak anak mereka.  Jauh disudut hati kami dapat merasai kesusahan mereka.  Ada anak yang sangat perlukan bantuan untuk bergerak. Ada yang menjerit-jerit.  Ada yang merengek-rengek.  Ada yang sentiasa meleleh air liurnya.  Ada yang sengaja memberatkan diri tak mau bergerak...terpaksalah ayahnya yg kurus mengangkatnya.  Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya.

Ketika mengambil hadiah, ada yang mampu berinteraksi akan bercakap tapi ikut cara mereka.  Ada juga dapat mic jadi tak tentu arah...Ada yang dapat hadiah..dibalingnya ke arah tetamu. Patah, lalu cikgu ke belakang pentas gantikan yang baru. Ada bila dah naik pentas asik mengeletik jer tak reti diam..macam-macam.  Namun majlis sangat meriah dan diselubungi kasih sayang.  Semuga anak anak ini sentiasa disayangi dan dibawah lindungan ilahi. 

Mereka ini anak anak syurga.

Sebenarnya, satu apa pon kami tak paham apa yang depa cakap kat depan tu.  

Namashkar Ji...