Tuesday 9 November 2010

Ke IJN semula untuk berjuang







Assalamualaikum dan Salam sejahtera...

Lama dah ayah tak menulis kerana kesibukan tugasan dan hal-hal berkaitan kehidupan yang perlu diutamakan. Hari ni ayah nak luangkan masa sedikit untuk meluahkan apa yang di dalam hati ni.

Hari ni Ajwad dijadualkan semula untuk ke IJN bagi menjalankan pembedahan majornye. Hati ni rasa seperti dahulu, iaitu pada masa mula-mula kami menghadapi saat-saat dimana kami mungkin kehilangannya. Hati rasa tidak tenteram, semalaman ditikar sembahyang berserah pada Allah yang maha Esa agar di permudahkan segala urusan pembedahan ini. Luaran nampak seperti tabah, namun di dalam hati ini hanya Allah yang mengetahuinya. Setiap detik dan ketika ayah dan ibu bersama mu terbayang di mata. Mataku bergenang mengingatkan telatah mu wahai anakku.

Imbas kembali pada oktober lepas ketua pasukan pakar bedah yang akan mengetuai pembedahan Ajwad menghendaki Ajwad dimasukkan ke IJN untuk menjalani ujian-ujian pasca pembedahan. Ujian yang dilakukan termasuklah menguji kesan iodin ke atas badan beliau bagi memastikan beliau tiada alahan terhadap bahan tersebut. Seterusnya yang terakhir ialah angiogram bagi melihat secara terperinci ke dalam jantung bagi memastikan apakah tindakan yang terbaik apabila pembedahan dijalankan nanti.

Di dalam bilik OT Angiogram, ayah menatang Ajwad ke katil OT. Ketika itu beliau masih sedar dan bergelak ketawa. Semua Dr dan nurse berdiri dikeliling katil menyambut kami sambil berpakaian biru dan mulut tertutup. Dr Farhad dari Bahgdad Iraq mendekati kami dan memaklumkan akan menyuntik bius kepada Ajwad. Ayah akur..Ketika Ajwad masih di tangan ayah Dr Farhad membius beliau. Dalam kiraan 1..2..3..Ajwad berada di alam maya..namun matanya masih terbuka sambal tgnnya menyalut muka ayah..Dari raut muka dan matanya seolah hendak membberitahu kita apakah mereka mahu lakukan padanya.....aku pasrah...

Lebih kurang 2 jam prosidur selesai. Namun Ajwad tidak mahu bangun dari tidurnya. Menurut Dr Farhad, sekiranya beliau tidak jaga atau matanya tidak terbuka..ini akan menyebabkan masalah lain..maka 2 orang nurse termasuk Dr Farhad dan ayah cuba mengejutkan beliau..akhirnya beliau membuka matanya perlhan-lahan sambil terseyum..dan terus di ulik mimpi semula...Kata Dr..sekiranya beliau tidak membuka mata..maknanya beliau telah berada dalam koma..Alhamdulillah semua berjalan baik..

Menurut Dr..hasil result angiogram ini akan di analisa dan pembedahan akan dilakukan dalam minggu itu juga. Namun tuhan itu maha besar..IJN dikunjungi oleh kanak-kanak yang berada dalam situasi kritikal. Di sebelah katil Ajwad lebih kurang 5 orang kanak-kanak bersilih ganti menduduki katil tersebut kerana kes emergency..maka urusan pembedahan Ajwad di tangguhkan.

Pada malam tersebut Dr. Hew memanggil kami..hati kami berdebar..takut pun ada..gembira pun ada..takut kerana tidak tau apa yang hendak beliau katakan..gembira pula adalah kerana..akhirnya ada juga penyelesaian terhadap penantian 7 tahun ini...Berjumpa dengan Dr Hew adalah sesuatu yg sangat istimewa..beliau juga adalah Dr yang membedah Ajwad ketika beliau berumur 4 Tahun. Ketika itu ajwad menjalani pembedahan bypass. Kini beliau sekali lagi mengetuai pembedahan ini dan kami sangat gembira. Beliau seorang wanita yang teliti, kecil molek dan berambut pendek dan bercermin mata dn berkulit putih. Beliau menerangkan secara terperinci apa yang akan beliau lakukan pada pembedahan itu nanti.

Saluran dari jantung ke paru-paru yang sepatutnya membawa darah biru tidak beroksigen masih sempit dan tidak membesar seperti yang beliau kehendaki walaupun tindakan bypas ke saluran tersebut bagi memaksa tumbesarannya telah dilakukan. Oleh demikan sebagai solution..beliau terpaksa membuang terus saluran tersebut dan digantikan dengan saluran dari haiwan iaitu lembu. Prosidur ini agak rumit dan membahaya kerana takut badan Ajwad tidak mahu menerima saluran itu. Akibatnya komplikasi akan berlaku. Seterusnya terdapat banyak saluran halus ke paru nye dimana tiada orang yang ada saluran lebihan itu. Saluran halus yang banyak itu akan ditutup dengan sejenis coil. Komplikasinya ialah sekiranya perkiraan mereka silap aliran darah ke paru-paru tidak seimbang. Ini akan menyebabkan kesan lain ke atas buah pinggang, limpa dll. Ini adalah kerana selama ini ajwad dibantu oleh saluran halus tersebut untuk membawa darah biru untuk diproses di parunye dan membekalkan oksigen supaya darah tersebut bertukar menjadi merah. Seterusnya Dr Hew akan memmbuka jantungnya dan menutup lubang yang berada di antara chambernye. Lubang ini ada kerana tekanan darah biru yang tinggi tidak dapat melepasi saluran yang sempit itu akan memecahkan jantung, maka tuhan lubangkan jantung tersebut agar darah tidak beroksigen itu akan melalui jantung tanpa memecahkan jantung dan curculate ke seluruh badannya tanpa oksigen. Lubang tersebut akan ditutup dengan sejenis kain khas. Kini oksigen di badan Ajwad sekitar 80% sahaja.

Dr Hew berkata, "Oleh kerana ramai pesakit emergency, prosidur pembedahan Ajwad ditangguhkan dan akan dilakukan pada November tahun ini juga. Ayah dan ibu Ajwad..saya benarkan kamu semua balik..bergembiralah dengan anak ini..makanlah makanan yang sedap-sedap dan pergilah berjalan-jalan bersama-sama. IJN akan call untuk masuk semula bagi pembedahan major beliau. Sekiranya badan Ajwad menerima perubahan yang dilakukan. Ajwad akan perlu dibedah setiap 5 tahun bagi menukar saluran itu sehingga dewasa. Seperti mana ayah dan ibu maklum, nyawa ditangan tuhan IJN akan menjalankan tugas yang diamanahkan dengan cara paling baik dan menggunakan teknologi yang terkini. Tiada garenti selama mana Ajwad akan hidup, namun IJN akan cuba membantu memanjangkan hayatnya..selebih berserah pada tuhan. Kami paham jawab saya dan isteri.

Hari ini Ajwad akan ke IJN, Ayah berserah sepenuhnya kepada tuhan..Ayah redha apa yang akan berlaku. Namun ayah dan ibu tetap menaruh harapan agar anak ini akan bersama dengan kami lagi sehingga kami menghembuskan nafas terkahir kami...Semuga pembedahan ini berjaya..Amin..Ya Rabbal Allamin.. Aku Redha dengan ketentuan mu ya Allah...

No comments:

Post a Comment