Hari ini adalah hari ke-3 ibu berada dan mendapat rawatan di DEMC, tengahari nanti ibu dah boleh keluar setelah pakar bedah membuat pemeriksaan terakhir di bahagian luka pembedahan. Ayah dan mak mertua yang datang menaiki bas pada hari kedua telah pun pulang ke Muar ..almaklumlah dah nak sambut raya …Kesian mereka terpaksa berkejaran ke sini di saat-saat mengakhiri Ramadan ini… terima kasih ibu ucapkan…kedatangan mak dan ayah dari Johor dan Kedah, sememangnya menguatkan semangat ibu untuk menghadapi segala kemungkinan yang bakal ibu tempuhi.
Tengahari…
Ayah datang menjemput ibu. Atok ayah dan Opah sudahpun menunggu di rumah. Walaupun ibu masih lemah dan otot-otot perut terasa teramatlah bisa dan sakitnya bila berjalan, namun ibu gagahkan jua kaki ini untuk melangkah…tujuan ibu hanyalah satu...ibu nak keluar dari DEMC ini dan ibu nak pergi tengok nasib anak ibu kat Hospital Klang
Hospital Ampuan Rahimah …
Dengan bantuan kerusi roda, ayah terus menolak ibu ke wad ICU kanak-kanak. Hati ibu penuh debaran…sebak di dada dah tak tertahan lagi. Sebaik sahaja melihat keadaan anak ibu yang ‘ terkedang’ begitu, air mata ibu berhemburan keluar...mengalir tanpa henti. Hati ibu mana yang boleh tahan bila melihat anaknya terbaring tidak bergerak… bertemankan mesin penyambung nyawa ?!! Selawat syifa’ ibu bacakan..ibu hembuskan ketubuhnya semoga anak ibu Ahmad Ajwad Aqwa kuat melawan dugaanNYA. Terkilan benar ibu rasakan kerana tak dapat menyusukan mu anakku…Allahuakbar..kepada Mu Ya Allah aku berserah dan kepadaMu jua aku memohon pertolongan…
No comments:
Post a Comment