# TRIP 3 : Round trip KOCHI –MUNNAR
–TEKKADDY- ALAPPEY
Kerala (08/01/14 -12/01/14)
Bagi membuka tirai tahun
2014 dan anak2 pun masih dalam cuti winter break, so ini kali moh kita pi
melawat ke negeri kat selatan India ni pulak wokkey ! nak pi mana??? Kita pi
KERALA Laaaa…
Lalu kami pun kontek Arshid dari Moghul Travel yang menguruskan Trip 1 kami dahulu. Arshid cam biasa bila dengan husband aku..YES SARRR ajer. So kami bg tau dia kami nak round Kerala. So abe mintak dia suggest pada kami the best trip dalam masa yg singkat dan harga yg affordable sebab abe kena pi Bangalore kerana ada tugasan sebaik sahaja abih Trip Kerala ni.
Sedikit intro berkaitan Kerala:
Kerala (/ˈkɛrələ/), often referred to as Keralam,[4] is a
state in the south-west region of India on the Malabar coast. It was formed on
1 November 1956 as per the States Reorganisation Act by combining various
Malayalam-speaking regions. Spread over 38,863 km2 (15,005 sq mi) it is
bordered by Karnataka to the north and north east, Tamil Nadu to the east and
south, and the Lakshadweep Sea to the west. With 33,387,677 inhabitants as per
the 2011 census, Kerala is the thirteenth largest state by population and is
divided into 14 districts with the state capital being Thiruvananthapuram.
Malayalam is the most widely spoken and official language of the state. (Wikipedia)
Bila
orang dok cerita2 pasai Kerala depa mesti akan cerita pasai houseboat… hmm…cuti
5 hari tak kan nak dok dalam houseboat tu ja kan? boring la..so kami pun decide
nak ronda keliling la baru puas…so…ikutilah
ikutilah pengembaraan kami he…he…macam la hebat sangat! Puiii… apa2 pun
jom layannnn…..
Kapai
terbang dari mumbai ke Kochi mengambil masa dalam 2 jam 30 minit. Sampai jer
kat airport Kochi, driver kami yang bernama Prasad bersama mpv
chevrolletnya sudah menunggu kami dengan
setia…erkkk !!! chevrollet jer..mana innova ? biasanya kalu travel jauh2 kat
india ni depa pakai innova…hmm…bantai jer lah janji masih muat untuk kami 5
beranak. Waktu pun dah dekat tengahari
so kami ajak driver cari restoran makanan halal la untuk isi perut.
Kami akan menuju ke Munnar selepas ini. Jauh jugak tempat yang nak pi ni
so kena lah makan lebih sikit…karang susah pulak nak cari kedai makan bila dah
masuk trek lereng2 bukit nanti…
Kedai makan halal sebaik sahaja keluar simpang airport di sebelah kanan |
Masa
kat kedai makan ni aku tengok ada beberapa org lelaki kat meja sebelah makan
mcm nasi…memang nasi kut tapi saiz butir nasi tu besar2 sangat..mmm..lebih
kurang sebesar biji kacang tanah tu..dalam hati agaknya ni la nasi beras kerala
kut…hmm… menarik2 nak try lah nanti.
Ini Chai tak bole tahan punyer sedap...saya mesti pilih... |
Wokkey…dah
siap semua ? jom kita gerak…jangan lupa baca doa naik kenderaan tau anak2…
Perjalanan
ke Munnar pun bermula…sungguh mencabar jalan2 yang kami kena lalui ini. Kena
lalu kampung orang, jalannya sempit , jalan bengkang bengkok ,mendaki lereng2
bukit dengan selisih yg sipi2 jer…hmm…sungguh menyeramkan tapi cuacanya dingin
jer…tak yah pasang econd. Tapi yang tak syoknya ada sorang budak ni dia tak
tahan dengan laluan jalan yang cam gini rupanya…haiiii…Aqli! Aqli …asik suruh
driver stop kan kete jer sebab dia nak muntah…ntah berapa kali stop dah
sementara nak sampai…dah ler lalu hutan…beruk pun lari tengok dia muntah…hmmm
Tangkap lentok |
Tapi
yang hebatnya tuh si Ajwad laaa…budak yg ada masalah jantung tapi lansung tak
buat hal bila pi travel mana2…syukur Alhamdulillah !!! kuat sungguh badan dia..
Dalam perjalanan kami terjumpa air terjun di tepi gaung. lalu kami membuat photoshoot kat situ.
4
jam berlalu akhirnya sampai jugak kami kat Munnar nih ! legaaa…
Sampai
pun dah gelap lebih kurang pukul 7.30 pm…terus kami pi check in kat hotel THE
SILVER TIPS. Ada Sejarahnya nya hotel ni. Zaman dulu ia adalah panggung wayang lama.
Nak tau lebih lanjut click disini http://www.silvertipsmunnar.com/
Nak tau lebih lanjut click disini http://www.silvertipsmunnar.com/
Krew pemgambaran dan Pengarah cerita popular Life of Pi pernah tinggal disini untuk pengambaran movie tersebut.
Isi borang untuk check in |
Lepas dah masuk bilik nanti nak keluar pi keluar cari makan malam
pulak dekat kedai2 makan yang berdekatan…janji halal !
Warung di tepi jalan kira kira 100 meter dr hotel |
Sejuknyer
Munnar nih…bole pulak tak bawa baju sejuk tuh…suhu masa ni dalam 12º celcius
ada la kut…berasap2 mulut. Sampai kerusi nak duduk pun semuanya basah. Kenalah org kedai makan tu lap dulu untuk
kami duduk. Nak makan berat dah malam. jadi kami mencari roti canai kerana di Mumbai tak jumpa roti canai. Cuba tengok macha tu uli. Lasat
Warung di Munnar |
Uli macha jangan tak uli ..cer tengok tepung kat tangan dia |
Gigil jugaklah sebab sejuk sangat |
Lepas
makan, balik bilik dan rehat ! ahhh…sedapnya baringgggg…seharian kut kat dalam
kete. Anak2 pegi tido ! esok banyak lagi aktiviti kita ni tau !tido…tido…zzzz
Bergambar dengan Vijay sebelum tidur. ..nampak tak gambar kat belakang tu |
MUNNAR
– 09/01/2014
Good
morning Munnar!!!…good morning sume !!! wahhhh…indahnya suasana kat sini. Barulah aku nampak alam semesta kat sini
maklum lah semalam sampai sini dah gelap. Udaranya nyaman, dingin…cuaca
bagus…tetiba terasa sihat jer badan nih…he…he…he…
Dari
balcony bilik bole tengok rumah2 pekerja ladang teh dan beberapa buah kedai
kecik yang menjual serba sedikit keperluan harian para pekerja ladang teh ini. Malam tidur tak perlu air cond sebab dah sejuk sangat. kipas pun tak perlu.
Kabus di pagi hari |
Anak2
semua…jom! kita pi sarap…kita tengok apa sarapan yang menarik kat hotel nih…
Jom sarapan |
Laparnya,,asik asik dia..asal lapar jer dia.. |
Minnu Vada...terbaeekkkk |
Selepas
breakfast ni kita orang punya aktiviti ialah… membuat lawatan lah…apa lagi!
Jom!
Jom! gerak cepat…jangan malas2…driver dah tunggu tuh !
Mengikut
jadual, sepanjang hari ni kami akan melawat beberapa tempat menarik di kawasan
tanah tinggi Munnar ni. So, jom layannnn !!!
Antara
tempat2 yang kami pi melawat hari ni…
Tea Museum
Kat
sini kita orang pi join group tourist dari mana tah yg bedekatan ngan kita org
untuk dengar cerita pasal tea plantation kat sini. Kita org tengok macam mana tea di proses kat
kilang, macam mana tea di gred2 kan mengikut kualiti dan juga bagaimana mana
cara yang terbaik untuk menyediakan tea. Penerangan yang sangat jelas. Di sini barulah kami tahu kenapa teh itu di namakan teh ijau dan teh yang biasa kita minum tu. Kebun teh ini di punyai oleh Syarikat TATA TEA PLANTATION merupakan antara syarikat giant di India.
Uihhh! Mak aii…cantiknya tempat niii…sepanjang2 perjalanan hanya nampak kebun tea yang seolah2 tiada penghujungnya…indah dan nyaman, sejuk mata memandang…
Kagum betul aku ngan ciptaan tuhan ni. Aku rasa kawasan kebun teh Munnar ni berkali2 ganda luasnya dari ladang teh kat Cameron Highland tuh ! errrkk !!! memang laaa…dah tentunya Malaysia pun hanya sebesar Mumbai jer kat India nih…apa la hang ni…he…he…
Eravikulam
National Park
Ha…nak
masuk tempat ni kena beli tiket dulu pastu kena beratoq panjang untuk tunggu
bus sebab nak ke tempat ni kena naik bus.. tapi di sebabkan kami ni pemegang
passport diplomatic, kami pun di beri keistimewaan la… tak yah beratoq panjang
dok depan sekali. Rupanya tempat ni punya la tinggi dah tu lalu ikut lereng2
kebun tea yang sempit lagi menyeramkan…apa taknya…kalu kita toleh kat sebelah
mmg nampak gaung jer lah…masyallah ! meliang liok pulak tuh jalannya…tapi anak2
bukan main suka lagi tuh ! gasak korang lah…
Tapi
view sepanjang2 pendakian ni memang cantiklah…sampai kita bole lupa sekejap
pasal perjalanan yang dasyat tuh…makin tinggi makin cantik dan nyaman. Sepatutnya kat tempat National Park ni kita
orang nak tengok mountain goat… tapi agaknya
ramai sangat pengunjung kut so takut dia nak keluar bersiar2…he…he… aku agak
jer !
Ni lah Prasad..cita cita nak jadi polis |
Dalam bas bersama Cik Kiah naik bukit..sorang jer cerah dalam nih |
Amboi curamnya... |
Turun
jer dari lawatan ke National Park tadi kami terus ke sini pulak…
Mattupetty
Dam
Tempat
ni tak de apa2 sangat…dam jer la…di sebabkan mereka letak pagar keselamatan
tinggi sangat so tak dapat la nak menikmati keindahan air kat dam tuh..so
sekejap je lah kita org singgah sini.
Kundaly
Lake
Tasik
ni cantik dan ada beberapa aktiviti yang bole di buat kat sini seperti canoeing , speed boat ,paddle boat dll. dan
kat tepi2 tasik ada gerai2 jualan pakaian, perhiasan dan makanan. Anakku si
Altaf tu nak beli topi Maher Zain katanya…so beli lah…50 rupee jerr…nak
berangan mcm Maher Zain la pulakkk…
Echo
Point
Echo
point ni adalah tempat2 perhentian untuk melihat view2 menarik di sekitar Munnar ni. Pada aku view kat sini sume
menarik cumanya ada tempat kita bole stop untuk tengok ada tempat kita tak
dapat nak stop! Tu jer…
Floriculture Centre
Floriculture Centre
Seterus
nya kita orang nak pi tengok beberapa waterfall kat sini tapi malangnya
waterfall pun tak berapa nak ada airnya sebab time kami melawat ni bukan musim
hujan…hmmm…apa nak buat…buat di gelak dek orang jer kalu aku letak gambo
waterfall yang air dia mcm kencing budak kan ?…hu…hu…lupakan saja! Tengok view
kebun teh lagi bagus!
Kalaripayat
Sebelum
menamatkan sesi lawatan kami di munnar ni, sempat lagi kami pergi tengok live
show kalaripayat …bagi kami show ni memang menarik tapi tiket kena beli dulu
lah ! Sebab apa nak tengok..ia adalah kerana Prasad driver kami belajar Kalari payat dan budak budak ni pon dah biasa dengan Martial Art. Altaf belajar silat, Aqli pula Taek Kwon Do..jadi nak bg exposure tentang jenis senibela diri dari India pula.
Dapat
tengok show martial art india yang tak pernah kami tengok secara live sebelum
ni mmg mengkagumkan. Kami balik ke hotel dengan penuh kepuasan.
Tamat
sudah lawatan kami hari ini. Esok pagi kita orang akan menjelajah tempat lain
pulak. Selamat malam…zzzzz
Thekkady – 10/01/2014
Perjalanan
kami menuju ke Thekkady juga mengambil masa lebih kurang 4 jam. Bergerak dari Munnar di awal pagi melalui
cerunan dan lerengan kebunan teh yang saujana mata memandang amat
mengujakan. Sepanjang perjalanan ni
sempat lagi kami berhenti untuk posing buat terakhir kalinya di kebunan teh ni…hmmm
rindu ngan suasana ni nanti.
Sebelum
sampai ke tempat penginapan kami untuk malam ni, kami singgah ke taman rempah
ratus ayuverdic . Di sini kami di bawa melihat pohon2 rempah ratus seperti
pokok kulit kayu manis, pokok lada hitam, pokok bunga lawang, pohon ketumbar
dan berbagai2 jenis lagi. Satu
pembelajaran yang bagus utk anak2 dan utk aku juga. Selalu dok masak guna
rempah ratus tapi tak pernah tau pun pokok dia macam mana…he…he…
Kami
juga singgah melihat kawasan2 lain dan sempat lagi kami pegi naik gajah lagi sekali.
Sebelum ni kan kami dah pernah naik masa pergi ke Jaipur kan…
Tapi
kali ini kami naik gajah sampai 5 org sekali atas gajah tuh…sian gajah ! sampai
nak berjalan pun mcm kena paksa jer… mesti dalam hatinya cakap “ siapa yang
gajah nih ? berat nak mampuih ! “ ha…ha…
Akhirnya
kami pun sampai ke tempat penginapan kami untuk 1 malam. Hotel SPICE GROVE namanya…hotelnya
kecik aje tapi ok la untuk berehat 1 malam…tak de apa nak di komplen pun. Esok
pagi lepas breakfast kami dah kena gerak ke Allapey.
Ini link hotel tersebut http://www.spicegrove.in/
Ini link hotel tersebut http://www.spicegrove.in/
Allapey @ Allapuza – 11/01/2014 (Tidur dalam Bot)
Ini
lah tempatnya yang di perkatakan sangat tuh bila bercakap pasal
Kerala…houseboat ! yeahhh…akhirnya kami sampai juga ke tempat nih setelah menempuh
perjalanan selama 4 jam dari Tekkady tadi. Houseboat…satu pengalaman baru buat
kami sekeluarga.
Dari kejauhan kami sudah nampak berjenis2 houseboat di permukaan tasik menandakan kami sudah hampir ke tempat yg ingin di tuju. Turun jer dari kereta kami terus di bawa ke houseboat yang telah di tempah awal iaitu houseboat 2 bilik untuk kami sekeluarga. Setiap house boat akan di sediakan seorang kapten, sorang tukang masak dan sorang pembantu boat dan semuanya lelaki. Kami akan tido, makan dan mandi kat atas boat ni lah hingga esok pagi…terujanya!!!
Kami
sampai dah tengahari so selepas di perkenalkan dengan semua krew2 boat kami tu,
kami terus di bawa belayar… hah! Belayar ??? he..he.. bukan belayar lah…ini
bukan kapal layar…hu…hu… challo ! challo !
Dalam
perjalanan merentasi tasik, si tukang masak dah start masak tengahari untuk
kami. Wah! Sukenye…apa lah makanan yang bakal di hidangkan kepada kami
nanti…tak sabar nak makan nih !
Masa
makan tengahari pun tiba…taraaa!!! Boat kami di hentikan sementara di tepian
bagi acara makan tengahari nih. Jom
santap !!!
Lepas
makan, boat pun bergerak semula ke tengah tasik. Pemandangan2 menarik di
hidangkan kepada kami sepanjang perjalanan ini. Luas jugak tasik nih !
Kami juga di beritahu ada service urut ayuverda di satu tempat dalam perjalanan kami ini dan kalau nak cuba dia akan singgahkan kami…hmmm…urut Ayuverda… di Kerala pulak tuh…mesti la kena cuba kan! Bole lah …so kapten pun singgahkan kami kat tempat yang di maksudkan.
Kami juga di beritahu ada service urut ayuverda di satu tempat dalam perjalanan kami ini dan kalau nak cuba dia akan singgahkan kami…hmmm…urut Ayuverda… di Kerala pulak tuh…mesti la kena cuba kan! Bole lah …so kapten pun singgahkan kami kat tempat yang di maksudkan.
Nak ke Ayurveda |
Sambil pi Ayurverda..Pilot ajar anak anak memancing |
Kami
juga di beritahu bahawa pihak boat hanya akan menjamu kami dengan hidangan ayam
dan ikan sahaja sebagai menu non veg dan jika kami nak makan lauk pauk yang
lain kami bole beli dan chef boat akan masakkan. Aku dan husband decide nak makan udang la malam
nih so kapten pun bawa kami berdua pi beli udang kat kedai di tepian tasik nih.
Pi market sat |
Hari
pun dah gelap…boat pun akan berlaboh bagi meyediakan makan malam untuk kami.
Apalah
menu yang chef ni masakkan untuk kami malam nih…terutamanya udang yang kami
beli tadi tuh.. Jeng
! jeng ! jeng !
Burrp…alhamdulilah
kenyang ! macam2 ada menu malam nih. Ada nasi goreng, ada paratha, ayam, udang
dll.
Malam2
boat tak bergerak…parking tepi ja…kami hanya tengok vcd jer. Suasana kat tasik memang gelap gulita…tak de
apa nak di tengok …hanya Nampak boat2 lain jer yg sama2 parking tepi. Tak dak
apa nak di buat lagi…pegi tido lagi bagus ! bye…selamat malam !
12/01/2014
– Hari terakhir di Kerala
Hari
ni hari terakhir kami menjelajah Kerala. Pagi2 lagi chef dah buat kan kami
sandwich tosei untuk breakfast. Nampak cam menarik jer sandwich nih dengan
hiasan bagai…rupa2nya sandwich tu sandwich buah…ha…ha…seumur hidup tak pernah
aku makan s/wich buah-buahan nih. Aku bole la try tapi anak2 pakat tak makan la
jawabnya.
Untuk
terakhir kalinya kapten bawa kami round2 tasik sebelum kami kena check out dari
house boat sebelum tengahari ni. Sambil2 tu kami pun dah siap packing barang2
kami…
Masa
kami meronda ngan houseboat pun dah tamat…moh le kita balik ye !
Terima
kasih buat semua krew2 houseboat…semoga berjumpa lagi…
Bergerak
lah kami menuju ke air port kochi. Tamat lah sudah percutian kami kali
ini. Satu percutian yang tidak dapat di
lupakan. Terima kasih kepada cik abe
yang sudi melayan kerenah isteri dan anak2 walaupun ada tugasan besar yang
sedang menantinya bila sampai di Mumbai nanti.
Belanja gambar lagi:On da way ke airport teringin nak minum air tebu..manis teramat |
Abe dan Prasad |
Airport Kochi ada sofa untuk menunggu |
Selamat
tinggal Kerala…
BONDA75
BONDA75