MALDIVES... mu tunggu aku datang !!! (09 MAC – 12 MAC)
2015… tahun ini merupakan tahun kedua kami bermastautin di
India…nak kata kami dah pusing satu India ni pun tak jugak dan kami rasa tak
payah kut nak pi semua tempat kat sini rasanya tak ada apa yg menarik sangat
pun. Pergi ke tempat2 yg rasa2 ok saja
sudahlah…mcm Kashmir ke Simla ke Manali ke.. yg selalu di tayang2 kat tv tu
…kat sini je aku belum pegi dan aku mmg teringin nak pegi tapi di sebabkan
kawasan2 ni agak ‘panas’ so terpaksa ku tahan kan jua hatiku ini…
Bagi mengkesampingkan keterkilanan hati…jom! bang kita gi
Maldives !!!....wah! over gituuu!
hu…hu…(kita tunggu apa kata juri…tik…tok…tik…tok…)
Yes! Yes! Yes!...bos kata nak belek2 pakej yg sesuai…itu
tandanya ada harapan lah tu…he…he…he…
Akhirnya bersamaan bulan Mac ini merupakan bulan ANNIVERSARY
KE 15 kita orang dan anak2 pun cuti sekolah seminggu dan kita orang pun tak
pernah gi honeymoon…(nak bagi alasan la konon…)…kita orang akan ke
Maldives…yahoooo…
Yabada…badooo…!!! Cepat kemas! Cepat kemas!.....
Al Kisah sebelum Approval.
Setelah hasrat dinyata, abe pun recce pakej-pakej yg
sesuai. Sebelum tu kami pun saban malam
asik google tempat2 menarik. Pada suatu hari cik abe ada jemputan Dinner
dari kawan2 di Tourism Malaysia Mumbai.
Pak Menteri Datuk Nazri pon ada malam tu. Jadi cik abe pun pegi lah. Di takdirkan malam tu cik abe berkenalan
dengan ramai travel agency yang register dengan Tourism Malaysia. Salah satunya tu baru jer bawak artis Bollywood
Arjun Rampal wat shooting di Melaka. So
si abe pun gorenglah sbb . sebelum datang ke Mumbai kan Melaka tu memang di bawah jajahannya..mua...ha..ha.... Hasil perkenalan tu cik abe suarakan hasrat
pada mereka. Mereka rasa sgt honored sbb
abg request servis dari mereka.
Seterusnya beberapa kali berjumpa, dia orang pun rasa berbesar
hati dan kami ditawarkan pakej yg sgt baik dan terbaeeek sekali siap diskaun di sana
sinun. Harga kengkawan la sangat....
Begitulah kisahnya.....
Isnin : 09 Mac 2015 ( Mumbai – Colombo- Male )
Penerbangan dari Mumbai pukul 3.00 am… memang lebam la mata
masing2 tambah2 lagi bagi anak2. Ada yang dah tersengguk2 menunggu time check
in. Berjalan pun agaknya dalam
igauan…apa nak buat dah time penerbangannya mcm tuh…ikutkan aje ler…
Pukul 5.30 am, kapal terbang transit di Colombo lebih kurang
1.30 jam, Penerbangan ke Male di teruskan pada pukul 7.00 am dan kira2
pukul 7.55 am kami pun sampai ke Male, Ibrahim Nasir International Airport, also known as Malé International Airport, previously known as
Hulhulé Airport, is the main international airport in the Maldives.
Wikipedia
Bismillah ....Ajwad ngan botol susunya dan Butlernya |
Wah !!! Aku dah sampai Maldives…akhirnya…sampai jugak aku
kat sini… Owh ! begini rupanya airport Ibrahim nasir ni…kecik aje…aku mmg nak
tengok sangat bagaimana rupanya Negara Islam yg bernama Maldives nih. Pekerja2
wanita kat airport ni semuanya bertudung dan mereka juga memberi laluan mudah
kepada warga emas dan yg beranak kecil… kami lah antara yang mendapat laluan
mudah tuh ! he.. he.. Alhamdulillah tak payah nak beratur panjang2.
Selepas selesai segala prosedur kat airport tu , kami di
jemput oleh wakil dari KURUMBA untuk di bawa ke Hotel mereka. Dia perkenalkan dirinya sbg official ‘butler’
pada kami. Namanya Muaz... as your services
sir.
Mr. Muaz "The Butler" |
Call boat suh standby.. |
Sejurus jer kami keluar dari kawasan airport tuuu… fuh!
Masyaallah …cantiknya view…dengan cuaca pun bagus…tersenyum lebar lah kami.
fuh!!! cantiknye view... |
Kat dalam speed boat |
My Sumo Hung |
Ini bukan kuih ketayap ehhh...ini towel wat lap muka |
Lembaga apa kat belakang tuh ! |
Sampai saja di jeti , kami di sambut dengan kalungan kulit
siput dan ais krim kelapa...sedap woo... dan di bawa ke penginapan kami dengan berjalan kaki
sambal berbual2 sambil makan ais krim.
Kami diberi penginapan Presidential Villa dengan pakej harga 4 hari 3 malam yg agak menarik untuk kami 5
beranak. Muaz si Butler menerangkan kesemua perkara wajib di pulau ini dan dia sentiasa akan on call…Apa saja ..as you wish Master....wah ! senang banyak la
kami. Alhamdulillah… Rasa cam kat Fantasy Island pulak ! Ehhh Mestiiii..kata Ehsan dalam Upin dan Ipin.
dah sampaiii..... |
ais krim kelapak !!! mabeles... |
jalan2 menuju ke villa |
Registration semuanya di lakukan di dalam Presidential Villa kami. Muaz yang uruskan semua.
bilik tingkat atas |
Waktu pun dah tengahari dan kami pun dah diberi penerangan
serba sedikit berkenaan aktiviti yang pihak Kurumba sediakan. Ada aktiviti berbayar… ada juga yang percuma.
So pandai2 lah pilih mengikut kemampuan.
Sudah pastinya kami tak akan melepaskan peluang untuk join aktiviti
percuma kan…so petang ni punya aktiviti percuma adalah untuk kanak2 bermain
beach water treasure hunt dan sandcastle building …happy la anak2 aku nih…dah
tak menyabo lagi dah nak sarung baju mandi. Nak2 pulak dalam kawasan rumah
penginapan kami pun ada kolam mandi dan depan umah lak laut membiru
melambai2. Memang asyik berbaju mandi
jer lah nampaknya.
Pintu masuk ke villa |
Ruang bawah dah siap letak katil tambahan |
Tingkat atas bilik tidur Malik |
Private pool |
Tengahari ni kami makan bekalan sendiri saja. Lepas makan anak2 dah nak terjun kolam dan
aku lak pegi tengok pantai dan laut depan umah. Cuaca tengahari memang panas
la. Kalu rasa tak kisah nak gelapkan
kulit silakan mandi di tepi pantai.
Kalau malas berpanas2 pegi masuk mandi kolam dalam umah…sapa pun tak tengok
awak. Mandi la puas2 sesuka hati sebab…
ini kolam kita yg punya ! mua..ha..ha..!!!
Mat Rileks |
Pantai depan villa |
Presidential villa bahagian depan |
Santai tepi pantai konon ! |
Selipar free |
Test gigi air..tajam ke idak |
Petang ni kami melayan anak2 beraktiviti dan melawat kawasan
sekitar dan seterusnya biasala mesti la nak merayau di tepian pantai yang
cantik ni kan.
Cam biasa Muaz 'The Butler' sampai on time ngan buggy nya utk bawa kami round dan pergi ke Majaa Kids Club kerana kami x biasa lagi kawasan ni.
Cam biasa Muaz 'The Butler' sampai on time ngan buggy nya utk bawa kami round dan pergi ke Majaa Kids Club kerana kami x biasa lagi kawasan ni.
Berangkat untuk lawat2 kawasan dan ke Majaa Kids Club |
kat dalam Majaa kids club |
Boringnyaaa..sapa pon tak mau main ngan saya.... |
Treasure hunt |
Nasib baik bebudak ni dah teror swimming |
Ini lah harta karun yang di cari tuuuu.... |
Mr. Butler melayan Malik nya.. |
Buat Sand castle pulak.... |
Salah satu aktiviti....aktiviti ehhh ??? |
Our Precious Moments...
Selasa: 10 mac 2015 – Mari beraktiviti !!!
Bangun kul 5.30 am nak solat subuh…bukak je tingkap…alamakkk!!!
dah cerah la kat luar…cepat2 solat…adohai…cepatnya siang kat sini. Esok kena bangun lagi awal lah nampaknya.
Aktiviti pagi ni ialah pertama sekali mesti terjun kolam
mandi lepas tu pegi breakfast percuma. Lepas
breakfast kita orang jalan2 sepanjang pantai sambal menikmati keindahan pantai
dan laut Maldives ni.
Tengahari kita orang order makan anto ke villa jer dan anak2
meneruskan aktiviti mandi manda mereka… sekejap kolam sekejap ke pantai depan umah….! Gasak la
korang… aktiviti untuk ibu adalah petang karang…he…he…he…tunggguuuu…
Petang ni pukul 4.30pm aku tak akan melepaskan aktiviti
percuma yang di sediakan oleh pihak KURUMBA… jeng! jeng! jeng! …CANVAS PAINTING
CLASS…
Mula2 pegi kelas painting nampak baru sorang jer ahli…bila
dah start makin lama makin ramai pulak yg datang. Tapi aku seronok la dengan
pengalaman baru dapat la jugak tip2 berguna utk aku melukis nanti tapi tak
sempat habiskan painting sebab nak kejar aktiviti kita org yg lain pulak.
Apa aktiviti yang penting sangat tuh???
He…he…aktiviti ni kami dah booking awal. Kena naik boat
pukul 5.30pm. Itu yang mengejar masa tu.
SUNSET REEF FISHING ! ha…ini lah dia ! Kalu tak ikut time dia karang tak jumpa ikan
nanti. Muaz 'The Butler' dah standby kat bot yang di charter khas untuk Maliknya. Bagus betul si Muaz nih. Tetamu di Kurumba Island ni boleh memilih samada ingin menaiki bot beramai ramai atau sendirian berhad. Disebabkan kami ingin menikmati keindahan dan masa masa berharga bersama keluarga kami naik bot khas lah.
Ini budak...kena dok diam2 kat sini ! |
Ini pun pengalaman baru bagi kita orang selain nak bagi
pengalaman pada anak2, mak bapaknya pun merasa jugak…he…he…
Syoknya naik bot…berdebus2 angin kena kat muka. Jauh gak la
nak pi mancing nih. Nak mancing ikan di
lautan Hindi la kononnya.
Sampai jer kat kawasan memancing, sauh pun di jatuhkan. Masing2 di beri gelung tali pancing (fishing reef) dan
umpan. Apa tunggu lagi…pegi la cari ikan…ha…ha…
Petang ni kita orang memang bertuah la…banyak ikan kita
orang dapat ! jeles bot2 sebelah. Puas hati kita orang ari nih…balik dengan
senyuman…siap kautim ngan krew boat yg kita org nak makan ikan tuh 2 kali…malam
ni ngan esok tengahari…so jimat la untuk malam ni tak payah order makan…
Sepatutnya
ikan yg dapat ari ni chef akan masak untuk tengahari jer…tapi di sebabkan
banyak sangat ikan yg. kita orang dapat, tu yg chef setuju utk masak 2 kali. Yeehooo !!!
Sampai jer kat villa, anak2 terus terjun kolam jer ! aku terus masuk dlm umah dan…OMG !!! ape ni ???…
rupanya ada surprise untuk aku dan cik abang…
Wah!wah! Memang tak menyangka la kami. Happy sangat ! dapat kek Anniversary ke-15 dari pihak KURUMBA…memang la tujuan kami ke Maldives ni untuk celeberate anniversary pun. Tapi tak sangka la kan...
Wah!wah! Memang tak menyangka la kami. Happy sangat ! dapat kek Anniversary ke-15 dari pihak KURUMBA…memang la tujuan kami ke Maldives ni untuk celeberate anniversary pun. Tapi tak sangka la kan...
Lepas tu..aku naik la ke tingkat atas untuk ke bilikku…sekali ada lagi
surprise untuk kami…Hmmm…tengok lah ni…saya suka ! saya suka ! Mabeles2..kipidap !!!
Lepas anak2 selesai mandi, makan malam pun di datangkan dan di hidangkan dengan istimewanya…( dalam
hati terfikir…patut la chef setuju nak masak ikan tu malam nih…rupa2nya…) apa2
pun Alhamdulillah…rezeki anniversary kami lah ni…
Rabu : 11 Mac 2015
Pagi ni aku ngan cik abang ingat nak pegi mandi kat laut
depan umah sambil tengok matahari naik…anak2 masih tidor. Mandi kat pantai pagi2 baru la tak panas.
Air pun jernih…siap bole nampak ikan…sekalik terserempak
ngan anak ikan jerung daaa…lariiii !!!! kih…kih…kih… Mencicit cik abe bila dia
pi snorkel sengsorang anak jerung nak main main dengan dia.
Pi berenang sorang sorang di tengah laut melepasi terumbu |
Ini lah rupanya si baby shark tuh... |
Agak2 cahaya matahari macam dah nak terik jer kami pun masuk
pulak mandi kat kolam ngan anak2. Lepas mandi kami pun berjalan kaki pegi
breakfast percuma. Kali ni kami try kat café
lain pulak.
Tengahari ni ada makan buffet percuma kat tepi pantai. Pihak
KURUMBA sediakan untuk semua penginapnya tapi untuk kami ada special sikit
sebab kami ada lauk tambahan. Chef masakkan
kami kari Maldives daripada ikan yang kami dapat semalam dan juga ikan stim. Adoiiii…dah
tak telarat lagi nak abiskan…dengan dengan makanan buffetnya lagi…fengsan !!!
Aktiviti yang di tunggu2 petang ni ialah SUNSET DOLPHINE DISCOVERY CRUISE …yaeahhh !!! masing2 teruja
nak pi cari dolphin ni…bukan senang tau ! mata nak kena cekap memandang di
tengah2 lautan sana. Lama jugak kami mencari bersama2 krew private boat kami . Rezki anak anak…risau
jugak takut tak capai matlamat. Namun tuah masih menyebelahi kami…muncul jua si
dolphine mengacah2. Apa lagi seperti
bermain kejar2 la boat kami ngan si dolphin tuh…laju betul si dolphin ni
berenang…nak amik gambo pun tak sempurna. Takut kamera jatuh ke atau orang yang
jatuh.
Memang mabeles....
kita takut dia jatuh..dia pulak dok bergalak atas boat laju nih ! |
kalu tak di pin kain tudung aku ni ke baju...mmg habislah.... |
Hari semakin gelap, dolphine pun dah tak muncul lagi. Kami pun balik dengan puas hati. Dapat juga kami videokan masa bot berkejaran
dengan dolphin. Bersimpang siur ikan ikan tersebut di buritan bot laju yang
kami naiki menunjuk nunjuk kehebatan mereka. Tengoklah video dibawah. Altaf yang jadi pengarahnya.
Malam ni malam terakhir kami di sini. Kalu nak ikutkan hati memang tak puas lagi sebab
banyak lagi aktiviti yang kami belum buat…tapi apakan daya semua perkara ada
hadnya…udah2 lah tu. Moh! kita balik
esok ye ! tapi balik pun petang. Ada la
masa lagi bercanda2 di tepian pantai…kih…kih…kih…
Khamis: 12 Mac 2015
Di pagi ini,seperti yang di rancangkan, kami dan anak2
keluar bercanda2 di tepian pantai. Si ayah
mengajak anak2 berenang di sebalik coral sambil melihat ikan berwarna warni. Nasib semua memang terlatih dalam berenang. Kat sekolah depa mmg ada latihan berenang. Aku membawa Ajwad berjalan2
dlm air jernih sepanjang2 pantai Kurumba.
Suka dia bermain air. Jauh jugak
kami berjalan.
Sarapan pagi ni memang puas la sebab dapat makan nasi goreng
sedap. Kena dengan tekak org melayu ni. Kalu tak hari2 makanannya ala2 western
dengan ala2 india jer. Memang bertambah2 la nasinya. Lega Ajwad dapat makan nasi goreng
hari nih.
Balik dari breakfast kami terus berkemas2 untuk check out. Di sebabkan kami punya flight pukul 8.00pm
dan kami akan keluar dari pulau KURUMBA ni dalam pukul 5.30pm, so kami di
tempat bilik penginapan yang lain tanpa bayaran…Alhamdulillah. Kesemuanya si Muaz yg arrange. Sementara tu, Altaf dan Aqli pegi ke tempat kanak2 bermain di
Majaa Kids Club dan rupa2nya kat situ ada aktiviti mengopek kelapa. Dapat la dia orang tengok cam mana org kopek
kelapa. Alih2 jer balik ke bilik bawa
sorang sebijik kelapa muda yang dah siap berkopek.
Masjid Kurumba |
Sebenarnya ada dua kejadian tak dingini berlaku...yang pertama I jatuh tangga cam kartun kedebuk.kedebuk 5 -6 mata tangga sebab terdengar Ajwad main tangga. Takutkan Ajwad jatuh tangga, aku pun berdesup lari ke bawah, namun tergelincir sbb kaki kering dan lantai kayu pon kering. Sakit woo,, Yang kedua abang punyer hp Samsung S5 yg kameranya hebat tuh, tetiba black out. Habis gambar gambar cun I ngan anak anak. Nasib dia transfer dulu video dolphin tu. Kalau tak tak merasa tgk memori dalam bentuk video.
Nasib kami guna 3 kamera. Samsung Galaxy kamera, Samsung S4 dan Samsung S5. Namun Samsung S5 yang kecundang. Pengajarannya disini, jangan bawa 1 kamera bila bercuti kerana kita tak tau bila akan ulang semula percutian disini.
Nasib kami guna 3 kamera. Samsung Galaxy kamera, Samsung S4 dan Samsung S5. Namun Samsung S5 yang kecundang. Pengajarannya disini, jangan bawa 1 kamera bila bercuti kerana kita tak tau bila akan ulang semula percutian disini.
Masa untuk meninggalkan Pulau Maldives pun dah
sampai. Boat pun sedang menanti kami di
jeti. Alhamdulilah, syukur…segala nya berjalan dengan lancar dan segala kenangan
indah kat sini akan sentiasa tersemat di hati…terima kasih pada cik abangku ni…love
u bebeh ! love u so much ! forever n ever ! phewwittt !!! melebih2 la pulak !
ha…ha…ada maknaaaa tuuuu…
Last Pic ngan Muaz 'The Butler' |
Memang terbaik rasanya. Hanya di airport Male |
Bye2 Kurumba…bye2 Maldives…Mu tunggu ku tak datang dah...ha..ha...ha...
Ni ha... aku belanja gambar lagi.....
Ni ha... aku belanja gambar lagi.....